Monday, November 8, 2010

malam pertama di stadium

tahniah sek klate. pertama kali menang kan. goal korang memang osem sangat. pertama kali aku jejak kaki dalam stadium nasional bukit jalil. best jugak rupenye. biar pon plan dengan rakan-rakan tak menjadi, keputusan orang lain takkan dapat ubah keputusan aku. kan aku degil. dengan kedegilan tu gakla aku berjaya cipta sejarah sama macam sejarah kelantan menang piala mickey mouse tu. dan dengan itu jugakla aku memahat nama pateh sebagai member yang mula-mula skali bawa aku tengok final world cup mickey mouse cup. Bravo bravo.


Ape yang aku nampak, takdela trok sangat keadaan penyokong kalantan nih. Rata-ratanya ok sahaja. Jalan depan beribu2 fan Kelantan yang pateh plak pakai baju hobin jang hobin, Alhamdulillah xde ape-ape. Nak dengar dorang mengejek pon tak ada. Dari ape yang aku nampak everything is fine sebelum sepak mula.

Lepas mendaki tangga setinggi batu caves, ke sana ke mari mencari view yang agak-agak menarik, dudukla kami di tier 1 block 109 dengan selamatnya. Dari situ leh nampak humangai, banyak gile fan merah dalam nih. Terasa macam kat old Trafford plak. Bile masok je FRU, beterbangan botol menghujani trek tepi padang. Bile hobin jang hobin gol sebijik, lagi banyak botol beterbangan. Ngan mercun semua siap. Tapi stadium macam nak pecah bile Kelantan dapat gol. Gile terasa best gile. Happening gile stadium. Stadium macam nak pecah bile Kelantan dapat lagi satu gol. Sampai abes game dorang dok besorak.

Aku seronok je sepanjang di bukit jalil. Kadang-kadang jadi fan hobin jang hobin, kadang-kadang bertukar jadi fan gomo klate gomo. Tapi dalam hati Xde rasa risau atau takot sket pon. Fan dua-dua side bagus aje. Except for those yang baling-baling botol and tangan kertas, dan yang letopkan mercun dalam stadium baik dari Kelantan or negeri Sembilan. Yang laen seems fine je pada mata aku. Apetah lagi bile aku sendiri tengok fan dari both side siap bleh buat wave keliling stadium beberapa kali. Cool gile kot bile fan yang dikatakan samseng leh get together macam nih.

Mungkin orang cakap aku datang masa dorg menang. Ye mungkin aku xnampak ape reaksi mereka bila kalah. Aku belom berpeluang. Setakat ini ape yang aku nampak mereka baik sahaja. Aku bukan jenis orang yang nak judge orang lain dari cakap-cakap orang. Ape aku tengok, ae aku rasa aku nilai sendiri. Dan aku tidak suka dengan mereka yang gemar menilai bedasarkan negeri jadi tak payah susah-susah nak racun aku benci orang.


naseb aku tak terkinja-kinja kegembiraan bila pertama kali di stadium.


Owh, aku ade topi comel hasil memburu di stadium.

Saturday, October 16, 2010

cita-cita aidilfitri.

sempena kehadiran aku di majlis perkahwinan malam ini, aku berazam untuk nyanyi lagu ni masa wedding ceremony aku nanti. nyanyi dlm bilik untuk pendengaran suami dan manusia-manusia yang cuba memasang telinga di luar bilik pon xpa.

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?"
"apa kau buta?apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"tapi dia nangis tonton cerita korea"
"dia mungkin keras bila bersuara"
"tapi dia jelas jujur apa adanya"

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku mungkin ada tidak serasi"
"kau sangat manis,aku ini pula dawai besi"

Di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
apa kau lihat padaku, jujurkan saja
terus kau cubit daguku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"tapi sayang tahan kalau salahnya saya"
"sayang mungkin saja keras kepala"
"tapi sayang manja bila kita berdua"

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tidak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua



p/s: agak-agak ayah dan ibu ,mentua serta mak ayah aku bising tak?kompom abg aku cakap menggelabah. aku nak kawen dah, lepas aidilfitri. tahun hijrah yang mana aku belom pasti. (^,~)

Thursday, October 14, 2010

bacaan remaja bawah umur sahaja.

tahniah kepada adik-adik calom PMR. ape pon keputusan lepas ni, cemerlang, colors tak berapa nak flying, teruk, tu semua abaikan. yang penting macam mana kau orang menggunakan kejayaan/kegagalan tu untuk masa depan. sejarah tidak penting, tapi macam mana kau orang belajar dari sejarah itu sendiri yang sangat penting.

cemerlang dalam PMR bukan tiket untuk berjaya di masa hadapan. contoh terdekat. aku. 7A 1B PMR 2001. B aku adalah pendidikan agama Islam. tapi aku grad dari second class universiti kata orang. bekas kolej universiti tu tarafnya tidak sama dengan universiti lain kata orang. contoh manusia ortodoks. dan sekarang aku masih bergelut untuk mendapat pekerjaan yang baik di kompeni yang baik.

jangan salah langkah dek terbawa-bawa kekecewaan melampau kesan dari peperiksaan. mak ayah pulak jangan dok pressure anak. nanti anak tak boley berpikir dengan baik. rancang masa depan. 15 years of age is not too young sampai kau tak boleh merencana hidup kau sendiri. sila minta guide dari ibu bapa dan adik beradik.

form 4 bukan honeymoon years. jangan dok gatai mengumpul jantan dalam list. dorang takdak masa depan pon lagi. makan pon mak ayah lagi bagi duit.bila berpelajaran, bekerjaya dan berjaya, jodoh datang kemudian. so tak payah nak susah-susah pikir cintan cintun. yang lelaki pulak jangan dok gatai belajar isap rokok. poison never give you happiness in life. sila jadi manusia bebas nikotin. and, chances untuk jadi idaman gadis semakin tinggi when you are nicotine-free-type-of-man.

p/s: tak tau kenapa aku terasa nak memberi ucapan berupa nasihat seperti atuk-nenek di beranda rumah.

Tuesday, October 12, 2010

bas yang terlalu ekspress hingga meragut nyawa.

pada kebiasaan menulis cerita sedih dan tragis, aku nak cakap takziah.semoga anda yang terlibat kuat menerima ujian tuhan. semoga mak dan ayah yang kehilangan anak teros tabah. bukan senang menerima kehilangan. mak aku masih menangis tatkala menziarahi kubur kakak yang telah pergi 26 tahun dahulu.

aku memang takot naik bus. sebab itu aku redha meleburkan ratusan ringgit membeli tiket air asia tambang tak berapa nak murah untuk pulang bejumpa bonda. tak keterlaluan kalau aku katakan aku dah lantik air asia jadi pengankutan rasmi dalam diam semenjak aku membanting lemak di atas kerusi empuk dalam opis di pasir gudang ni.

Perbezaan ketara bas yang berfungsi di malaysia dengan bas yang aku pernah naik di england is, they got seat belt. kepentingannya sama macam air bag dan seat belt dalam kereta mewah kau. di sana, sebelum memulakan perjalanan, si driver akan check setiap penumpang dah pakai seat belt. selagi kau tak pakai, slagi tu la driver jadi batu tidak bergerak.

at least, kalau bas kau tebalik 44 kali yang mana ketika itu kau dah pon mati, takla mayat kau bergelimpangan merata-rata. takla mayat kau diseret oleh kenderaan lain yang lalu-lalang. takla report post mortem kau tulis 'melambung dan jatuh diatas cerucuk divider'(bleh ke guna ayat mcm tu?)

secara mudahnya aku cuma mahu cakap sekurang-kurangnya kerajaan telah berusaha supaya kalau kau mati dalam eksiden bas, mayat kau masih dalam keadaan sempurna. mak ayah adik beradik nak tengok pon tak meremang bulu roma.

please lah pikir, kenapa alat-alat keselamatan yang ada dalam kereta tidak ada dalam bas. macam seat belt aku cakap tadi. itu system keselamatan paling minimum. takkan itu pon nampak macam sesuatu yang janggal dan sangat ajaib untuk di-apply pada sebuah bas??

mungkin menteri-menteri dan orang kenamaan tak naik bas. sebab tu mereka tidak pedulikan sangat keselamatan rakyat golongan sederhana dan bawahan. cuba yang dalam bas itu penoh dengan menteri, vvip, dan orang-orang yang bernama hebat. kompom esok jugak semua bas dah wajib equipped with airbag. percaya kata aku.

kalau itu pon susah sangat untuk dilaksanakan, apetah lagi untuk mintak bus equipped dgn air bag and cut off speed system(nama die aku pon da lupe).


Saturday, September 4, 2010

semoga kau bahagia di dunia yang lagi satu.

al-fatihah kepada MOHD KHAIRUL SABRI @ beri. seorang kawan, seorang abang dan juga seorang senior. aku kenal beri ni masa aku tahun dua dahulu. kami penah sekelas. lagipon dia adalah rakan pada kekasih aku ketika itu.

die satu-satunya manusia yang berani panggil aku pontianak albino. dia juga seorang dia-hard fan man united.setiap kali ada match involving the red devils, mesti kami akan tag team. dia jugak yang slalu book kan seat aku di subaidah bile ada match man united. aku panggil die pengerusi fan club man u. sebelum dia meninggal, katanya "aku nak balik kampung,aku lantik kau jadi pengerusi kelab penyokong man u cawangan ayer keroh".



cuma satu perkara yang buat aku sedikit terkilan mengingatkan beri. sebelum dia balik kampung sebelum kematiannya, dia ada mintak aku balik ke Melaka. ajak lawan boling. tapi aku pulak sebok berjomba-jombi di port dickson. sebelum pulang dia pesan "kau tunggu aku balik dari kampung,kite lawan". tapi dia pulang terus jumpa tuhan. siapa sangka dia akan pergi pada usia 24 tahun.




kami rapat. sangat rapat. dia bukan sekadar kawan. tapi juga seorang abang. dia jugak tempat aku mengadu. dia jugak tempat aku mengutuk. die sangat fun.cuma umur dia tak panjang.

selepas dia pulang ke kampung pada kali terakhir itu, dia tidak sehat. sesak napas sudah 8 kali sepanjang 5 tahun pengajian di utem. tapi kata doktor kerana asma. sampai di kampung, mak beri suruh ke hospital buat check up. die admit di wad husm. kata doktor dia ada kanser kelenjar. die tak boleh lagi bertutur seperti biasa. suara sangat serak. tidak semua orang paham tutur katanya. aku pun cuma sempat menghantar pesanan mengharap die cepat semboh.

pulang dari solat tarawikh, aku baca pesanan dari bekas kekasih. katanya "sha beri dah takda.sedekahkan alfatihah dan doa untuk dia. bagitau yang lain". sedey. 2 september lepas genap dua tahun pemergian beri. semoga tuhan letakkan roh kau bersama mereka yang beriman.




Tuesday, August 24, 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Wednesday, August 18, 2010

kerana engkau adalah alas kaki sempena raya

dalam hidup ni memang ajaib sangat-sangat kalau nak puaskan hati semua orang. dan ajaib jugak untuk kite jumpe orang yang betul-betul leh get along dengan kite. makin rapat kite makin nampak perbezaan itu. jadi dalam journey kite dalam pementasan drama bernama kehidupan ni, untuk jadi orang yang berjaya, kite kena jadi seorang yang pasif kadang-kadang.

bila kita rase sesuatu itu tidak membantu kita memajukan diri sendiri, kita perlu menjadi seorang yang sedikit ignorant dan arrogant. when you do something, and the feedback from others menunjukkan respons yang negatif. kau boleh ignore sahaja. selagi dia tidak cukup dear dihati engkau, you shouldnt take their opinion into account. kerana jarang sekali manusia yang tidak rapat dengan diri kita akan berlaku mulia dengan jujurnya. almost none okey.

macam kata seorang rakan baik di pasir bedengung ini, " saya peramah, salah ke?". peramah dikata menggedik senyap dikata sombong tak tentu pasal. kau pikir tak kau ni siapa yang semua orang perlu nak puaskan hati kau? sila ada rasa malu dan pity pada diri sendiri. mungkin kau letakkan diri kau pada tempat yang terlalu tinggi di mata orang lain walaupon sebenarnya engkau cuma setaraf dengan alas kaki mak aku mungkin. terlalu berasa diri terlalu agung dan orang lain akan hail pada engkau.

aku sedikit bertuah kerana punyai senior-senior yang baik dan berjaya dalam kerjaya masing-masing. kata mereka, kau nak gaji besar, nak rezki lebih, kau tak payah nak bodek bos kau. tak payah berlagak baik depan bos kau. kau jujur ngan kerja kau, kemudian mintak pada tuhan bukan mintak dengan bos. bos cuma perantara rezki tuhan untuk kau. jadi tak perlu nak menyembah bos seperti kau menyembah tuhan. apetah lagi kalau solat kau pon tak cukup lima kali sehari.

abah kata biar orang nak cakap apa janji kita jaga sumber rezki kita. jangan curi tulang kelak rezki kita tak berkat. rezki kita dapat tu jugak kita bagi pada mak ayah, besarkan anak-anak. sumber rezki yang tak betul akan bentukkan hati yang gelap. otak yang lembab. seterusnya judgement kita pada kehidupan akan sonsang dari landasan sepatutnya. jadi selagi aku jaga kerja aku, aku jaga sumber rezeki aku, tak ada sebab aku nak care pasal orang lain yang cakap aku-bawa-triton-keluar-dan-masok-lewat kerana setiap kali aku bawa triton adelah kerana urusan kerja dan tidak pernah sekali pon aku bawa triton untuk kegunaan diri sendiri melainkan dengan pengetahuan bos-bos aku yang sudah tentu BUKAN kau. FULLSTOP.

Monday, July 26, 2010

cerita tanpa tajuk

rupanya tidak mudah untuk kembali ke right path bila kita dah set mind untuk move on to another path. yeah, i've pack my things, i've bring home some of them. but then i had to stay. burrppp.

susah skali rasanya bila dah set mind untuk pulang kerja jam lima petang dan bekerja lima hari seminggu di tempat baru kelak, tapi sebenarnya tidak jadi berpindah. apetah lagi bila sudah berjanji dengan bonda untuk pulang menjaga beliau. few months more mum.promise.

ok, i have to accept the fact that i am here and will be here for another few months. dan kembali ke jadual asal pulang sedikit lewat sempena bulan yang baru ini sebab kerja sudah melambak dan bos da mula chirping di cuping.

sempena nisfu syaaban esok hari aku berazam untuk kembali ke koordinat asal. sekian.

Monday, July 19, 2010

kulit kacang merata-rata

aku rasa aku belom cukup matang dalam memilih kawan. belom cukup haul untuk menilai orang dengan baik. mungkin juga expectation kepada seorang yang bergelar rakan ini terlalu tinggi. kerana pada aku, once aku sudah rapat dengan seorang manusia yang aku gelar kawan, aku akan expect mereka macam-macam.

aku harap seorang kawan boley give and take. boley mintak tolong. dari situ aku dapat bezakan bahawa kau adalah kawan aku atau tidak. tapi mungkin tak semua yang kita pikir sama. perbezaan proses serebrum dan serebelum mungkin membuatkan kita berbeza. mungkin kerana kapasiti oksigen dan air yang kita bekalkan ke otak masing-masing berbeza. mungkin juga kita berada pada koordinat dan surrounding yang berlainan menyebabkan pemikiran kita tidak lagi seiring. mungkin kita dipayungi oleh ketebalan awan stratus yang berbeza menyebabkan kita merasa kepanasan yang berbeza.

orang kata, kalau nak kawan yang baik, kite tengok waktu susah, adekah die nak bersama-sama dengan kite. tapi bagi aku, tu semua lom cukup lagi untuk kite menilai. kalaupon die sanggop bersusah payah ngan kite, itu sebab die pon susah. kite kena tgk bile taraf die dan kita sudah berbeza. kat situ baru kite nampak dia punya true color. grenn, black, blue, grey. sungguh. aku dah penah tengok dan aku penah rasa.

pada ketika tu kau akan nampak perbezaan perilaku dan tindak tanduk dia bile masa sama-sama susah dan ketika dia-senang kau-susah. bile soal duit die sudah mula berkira. soal makan minum dan minyak setitik dia sudah mula berfikir. aku rasa kawan macam ni cuma tak lebih dari seorang yang bijak dan pandai mempergunakan kau. macam lepaskan anjing tersepit. macam bagi buaya makan. semuanyan akan kena balik pada kau yang menolong.

thank god, aku tidak lame berada di bawah. jika tidak, pasti bermacam-macam lagi perangai buruk kau yang akan bermain di kanta lekap aku. im not regret helping you. not even once. it's just the way you act when you are above me that dissappoint me so much. i just cant endure it.


Friday, July 16, 2010

defining identity

sejak akhir-akhir ni baru aku paham keinginan aku yang sebenar. rupanya selame ni aku ade sedikit conflict of identity i guess. bos cakap aku ske nak pelik dari orang lain. die pon pelik jugak, same la bos ngan anak buah.

aku suka sate.sangat suka.sangat sedap.tapi aku tak suka daging. aku suka ayam.buger pon macam tu. aku suke buger ayam dabel tanpa mayonis. roomate aku cakap aku poyo tak makan mayonis, bajet buleh slim tak makan mayonis.dah memang aku bukan penggemar mayonis. rasa nak muntah je bile teringat benda putih tu. not my taste okeh.tapi takdela langsung tak leh nak telan.kalo dalam buger mekdi tu slambe jugak aku telan.cume jangan ada menda yang remind me of the mayonis, nanti tengkok aku otomatik meremang, tekak pon kembang secara spontan.

aku suka jeans.kemana-mana pon aku buleh pakai mcm tu.aku benci skirt.at least for now, aku memang benci skirt.baju kurung pulak cume untuk kenduri kendara dan hari raya.yang aku leh pakai setiap masa cumelah jeans.sekarang nih aku berazam untuk mencari kerja yang memerlukan aku pakai jeans setiap hari macam masa latihan industri dahulu.best sangat.balik keje leh kuar bercanda tros.sangat economic. jimah sile hire saya dengan segera.

walau macam mana aku bergaya pon aku tetap perempuan.aku tetap suka warna-warna pastel dan kadang-kadang sedikit teruja dengan warna pink seperti piggy itu, cuma aku mungkin dikalangan mereka yang bencikan kegedikan.jadi aku bukan perempuan sopan dan ayu yang kuar bersama lelaki berbaju kurung.definitely not me.aku juga bukan perempuan yang bawa payungmerata unless its rainy day.dan aku bukan perempuan yang control2 gelak unless aku bersama warga yang boleh aku anggap tua.

aku suka kerja yang boleh meningkatkan fitness aku.masa zaman aku slim dulu pon aku tetap suka pekerjaan yang sebegitu. penah pada satu ketika, aku dan bestest friend terpaksa mengangkat step up atau bahasa mudahnye transformer seberat plus minus 70kg berdua. penah juga angkat current transformer yang lebih glemer dipanggil sotong. tapi kitorang masih sempat gelak ketawa sebab kami suka dan selesa dengan cara kerja sebegitu. i dont mind wearing coverall,i dun mind to put on the white helmet on my head along with the chain strap,i dun mind to wear ear plug and superheavy pair of boots.i dun mind at all.

dan sekarang aku tengah pening nak wat employment rejection letter.

Monday, June 28, 2010

satu dua satu satu satu

one thing i hate about mamak's - bau asap rokok.balik umah abes baju ngan tudung semua bau racun tu. semak btol aku.

two things i hate about car - maintenance and road tax. boley tak aku tukar tayar cik kiah pakai tayar mati macam beskal kanak-kanak tu. aku nak color pelangi. buleh??

one thing i hate about MMHE - guard. baik pempuan baik lelaki. sama-sama perangai macam berghok mat-yeh.

one thing i hate about football - referee. remember the day england kicked out from world cup 98? the same day beckham red carded by first ref. and last night, again, kicked out from world cup. one goal denied by ref assistant. u knoe how much the decision affected game? just same as bile nak makan mc donalds in the middle of the day bile perot tersangat lapar tapi delivery kata "takda delivery area pasir gudang lagi sebab MCD air biru da tak buat delivery lagi."pastu selera kau macam terkubur-layu-di-tasik-madu.

one thing i hate about RED team - friends. having super nice friends in red team circle make me hard to leave. yes im leaving pasir gudang for good. yeahhh.finally.mom's cook again on weekend.

Tuesday, June 1, 2010

drama panjang yang pengakhirannya adalah satu kematian.

Owh man. Ayat favourite Danish,anak buah sulung aku. bile aku paksa dia makan ketika aku menjadi baby sitter part time di negara 4 musim itu selama empat bulan. Bukan enam bulan seperti di claim oleh petugas emirates airlines yang tak benarkan aku check in itu ya. buley masok pra sekolah dan blaja mengira semula okeh.


ini satu-satunya anak buah perempuan setakat ini, aina nisrina


yang kiri firas wafri, yang kanan muhamad danish


Sangat seronok menjaga kanak-kanak kecil, apetah lagi dia adelah anak buah. Kalau anak sendiri aku tak pasti ape rasanya sebab I don’t have any. kadang-kadang rasa geram sangat. Rase nak cubit-cubit. Tapi bile die start buat muke comel, jadi calm tros. I just wondering why few people especially those yang get pregnant out of wedlock, sampai hati nak buang these babies yang sangat adorable. Hell yeah, im not in their shoes. Aku tak tahu ape kau rase. Definitely aku tak tahu ape yang haunting you. And aku tak dengar any voice dari langit if you said so.

kanak-kanak memang pandai buat muke meruntun-hati-sesiapa-yang-melihat kan??


kasik auntie chance nak intefrem pulak okeh.


Macam aku penah cakap, kalo kite hodoh, jangan buat perangai macam betina. If kita bodoh, jangan buat perangai macam hamster. Hamster suke makan anak die kan? Orang kata die makan anak die sebab anak die sakit. Aku tak pasti. Aku macam pelik ngan action kau tanam baby dekat shah alam tu. Kau tak rasa sket sayang pon yeh after few days kau bela dia? I guess you are not human kot. Kau hamster kan? i knew it. Cuma berbeza dari segi rupa dan bentuk. Vampire dalam twilight tu pon sayang anak dia. Ada jugak rasa risau dia bile Edward Cullen tu lari.

Jalan pintas dalam konteks yang lain memang bagus. Cepat dan mudah. Cuma in life there is no such name called short cut. jalan itu cuma one of options yang dibisikkan oleh syaiton untuk teros liputi kau dengan titik-titik hitam dalam drama so called life. where you yourself is the director, the producer and the actor.


Saturday, May 15, 2010

puzzle dan roda.


sekarang aku yakin kau faham ape itu sakit.
kau tentu semakin arif dengan rasa tertusuk panah cupid yang landing bukan pada hati.
dan sekarang kau ulangi ape yang aku penah buat dulu.
mendengar lagu-lagu yang penah kau ajar aku dengar.
meneliti setiap bait-bait kata dalam liriknya.
terasa macam disindir dan diperli.
rasa hina dibuang.
tapi hati kecil kau berkata masih ada peluang.
sebab itu kau bertindak seperti yang kau buat sekarang.
exactly sama seperti aku lakukan 19 bulan yang lalu.
cuma hendak kau tahu,
rasa pity tak penah ada pada orang yang tegar untuk pergi.
percaya pada aku.
kau lebih tua tapi aku yakin aku lebih mengetahui.
aku yakin,
akhir nanti baru kau sedar usaha kau adalah sia-sia.
macam aku rasa sekarang.
teruskan usaha mencari.
kerana aku juga tahu dia tidak layak untuk kau.
sama seperti kau tidak layak untuk aku.
aku tak pernah doakan kecelakaan kau.
aku juga tak pernah doakan kebahagiaan kau.
hidup seperti puzzle kan.
cume a piece of u yang masih hilang.
cuma ingat,
tidak sentiasa kita berada di atas.
semoga jadi panduan untuk kau bergerak dan terus mencari.
noktah.





kdt to shipa

Tuesday, May 11, 2010

cinta hati

" Ya Allah, di akhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di firdausi sana" amin.


credit to bro hazrey

Friday, April 30, 2010

cinta separa kekal.

aku tak minat dengan benda yang aku tak membesar bersama-sama. macam zaman m daud kilau, menggunakan baju penoh manik dan labuci tu untuk menutup susuk tubuh. macam zaman pakai seluar boot cut sampai tutup kasot mahal. tu semua not my taste. alasannya sebab aku tidak membesar bersama-sama.




same goes to bola sepak.aku kenal bola sepak dengan lebih baik bermula tahun 98. masa tu aku darjah enam. ade world cup di france. remember superb zidane? rambot gay beckham? rambot gulung-gulung ariel ortega? and batistuta si argentina itu?kacak kan? klinsmann si tua itu pon masih ada ketika itu. not to forget, diego simeone yg dinobat actor terbaik fifi 98. player yang top zaman nih memang aku masih kenal name mereka sehingga kini. frustration england dan holland sebab kalah pada penalty shot-out. kegemilangan croatia yang melangkah ke separuh akhir, ala team yang ada hakan sukor tu.dan pada ketika ini, seperti anak perempuan yang baru melangkah ke alam lebih dewasa dari kanak-kanak, rupa paras memang menjadi kriteria utama untuk aku minati seseorang player.




dan, sejak dari waktu itu. the only club that turned me on, hanyalah MAN united. memang united terlalu kuat untuk dicabar ketika itu. treble title. diterajui dwight yorke dan andy cole in the front row, assist by beckham, nicky butt, scholes ang gigs, defend by jaap stam and super duper goalie, peter schemeichel. memang united sungguh kebal. perhaps, sejak aku pandai menanti perlawanan united, that season might be the best squad united ever had.




demi kecintaan aku padan united. apa pon jadi pada ujung minggu ni dan hujung minggu depan. i dont really care. after losing blinking star, si ronaldo tu. ramai menjangkakan kejatuhan the devils since united tak ade ayam tambatan yang lain. rooney pulak tak begitu shining di depan gol. tak siapa pon jangka kebangkitan rooney gantikan ronaldo. dan the injure coming at the corner of end season, sedikit mengganggu. tapi still, we manage to be among the top contestant this season. the only thing we hope is, we are not gonna let the race title crown to other team easily.and, aku tak heran berapa ramai pon kat luar sana nak hate cinta hati aku yang ini. im not bothered.




know you know love aku melimpah untuk manchester united and football.



Thursday, April 29, 2010

the memory.

Anyone can say "i love you"
but not many understand the meaning.
love can not be taken for granted.
it's the happiness in our hearts
the ecstasy in our souls.
the locked symbol in our bodies
and only one can unlock the doors.
my doors have been closed
my doors have been locked
but you have the key
given to you by me
so use it to enter
and decorate the walls
with pictures of you
and only you alone
they will naver be replaced
so when someone says "i love you"
i hope you stop to think that
i can't give you my heart
because only one boy has the key
and i have him
and that is you
and this heart of mine
which once had closed doors too
is already reserved for eternity
for the one i love the most
and the next time you see me
take me in your arms
and kiss me with those lips
that only me are allowed to touch
and take a look into my beautiful eyes
and say "I LOVE YOU"



Monday, April 19, 2010

roda bukan hanya pada vehicles, tapi juga pada kehidupan.

dari shoutout box seorang bekas rakan,
yes, aku layak gelarkan dia itu.
katanya,
'aku cuma mahu kebahagiaan, bukan kesengsaraan'
look at yourself.
im not judging you.
but you do buat someone else sengsara.
i see it with my own eyes.
i feel it with my own heart.
what you give you get back surely.
this might be the price you have to pay.
im not praying for the worse for you,
but life is like a wheel man.

Saturday, April 10, 2010

hadippa..hadippa..hoyeh..

jom nyanyi..
out loud okeh..


life is a chewing gum
just keep chewing
life is a hand pump

just keep pumping
squeeze the last drop out of life

and leave the worrying to the silly

it's a crazy, crazy world
where worry is the root of all troubles
that is why we believe
only the silly worry
there is no tax on happiness
so forget your worries

show some heart

and shout out hadippa!!




hoyeh...



melayan hadippa ni la malam tadi sampai aku telajak tido pagi tadi. sedar-sedar bilik aku da terang macam ade floodlight. haram punye hindustan. rosak rekod baik aku. da alang-alang lewat, aku sambung tengok lakonan aku dalam gossip girl your one and only source into the scandalous lives of manhattans' elite. im serena van der woodsen remember?? tak caye sile rujuk mukabuku.


zaman kurus dan energetic.


target aku jauh tersasar bulan nih. stakat ni aku cuma capai 65 percent dari target aku. macam kena tangguh je pembelian harta pertama aku. mungkin nanti aku kena beli proton t-bike. join abang2 yang makan kuah dal mengayuh g keje. lemak bertukar kepada muscle. cepat sket aku kembali ke bentok asal. barula same ngan jessica alba. macam zaman aku mengayuh dulu. masok beat tv evolusi penuh warna.


caye kan??orang kiut macam aku mane pandai menipu..

kereta kia cinta sepenoh hati meragam dah tiga hari. tak buley nak start. baru je servis last week, minggu ni kia emas cuba mengikis aku lagi. nampaknye aku makan megi je la sebungkus dua hari sehingga gaji kira-kira 21 hari lagi. semoga aku kurus dengan segera. bile la sheikh mokhtar al bukhary nak amik aku keje kat kilang letrik die nih..




Wednesday, March 24, 2010

otak jangan tinggal merata

aku rasa, tiap orang yang hidup ni, mesti ade at least satu benda yang die pantang. bukan ade kaitan ngan susuk diamond mahupon swarovski, tapi benda yang boleh turn on pressure dalam kepala dengan pantas. kalo tak kena mase bleh buat kena strok. kalau aku, aku memang tak suke aorang hempas-hempas pintu nak protes ape aku cakap or nak tunjuk ko bengang ape. adik aku suke buat macam tu dulu. walaupon die besar beganda dari aku, ble aku marah, aku nampak die kecik je. ingat,aku kuat macam superman. kang kalo aku lempang baru ko tau bape kuat aku spike bola mase zaman aku jadi atlet dulu. ngeh ngeh ngeh. penah jugak aku lempang adik aku sebab kes pintu. sape soh ko kurang ajar.aku kakak remember??best kan dapat kuasa macam nih.

aku tak ske tengok ultraman. gaban ngan wira perkasa hitam pon tak masok dalam list childhood favourite tv show aku. sebab tu aku lagi hafal lagu ba ba black sheep instead of lagu sailormoon yang warna warni tu. sangat girlish okeh. owh ya,movie jumbo gajah biru tu best tak?dulu aku suke ulang tengok cerita dumbo. remember that huge baby elephant??kiut kan.. ^__^

adik beradik aku memang diajar dengan kekerasan. macam orang zaman batu dulu. g sekolah, cikgu garang. kat sekolah kena rotan ngan cikgu balik rumah xde nak mengadu ngan mak ayah. kalo idak tambah lagi birat kat anggota badan. cume aku beza la sket. dulu kena rotan ngan cikgu kat sekolah, balik aku cerita ngan mak. mak gelakkan aku. cool kan mak aku? macam tu gak kalo aku bengang ngan orang. nanti aku cite ngan mak. kalo bengang aku tahap tertinggi aku nanges. macam biasa, mak aku gelak tengok aku nanges. mak kate aku nampak je ganas. melalak kuat. sememeh. fine mak. sekarang aku balas balik. mak aku sedey aku gelakkan mak balik. nampak macam kuang ajau, tapi mak aku join gak aku gelak. lebiu mak.

masa zaman-zaman aku sekolah rendah, aku memang adik yang suke menjawab. kalau setakat ugut aku ngan pelempang kalau aku menjawab tu aku berani lagi sahut cabaran tu. sket pon tak gentar. dari kecik aku tau aku ni ade keturunan superman walaupon aku tau aku kiut macam snow white. biarpon xleh terbang tapi aku tau aku sama kuat dengan superman. mase kena lempang sampai bedarah mulot memang aku nanges. tapi aku tak nanges sebab sakit. tapi aku nanges sebab aku geram. keras hati aku belom lagi berubah kot. sampaila sekarang, aku memang tak takot dengan orang yang nak mengamok. selagi aku leh tahan aku layankan je. tapi kalau kau cube nak cabar aku lebih-lebih, mungkin kesabaran aku leh jadi tipis. setakat nih aku memang belom jumpe orang yang aku klasifikasikan sebagai melebih-lebih. tapi tak taula plak kalo aku jumpe dalam dua tiga hari ni.

kalo stakat nak maki nak mencarot sumer bagai, aku juga hebat. jadi tak payah nak tunjuk kau hebat ngan sumer benda-benda mazmumah tu dengan aku. you might be in wrong shoes if u do so. tak payah dare untuk melihat the other sides of me. aku pon tak hingin nak belawan menda yang aku klasifikasikan sebagai bangang nih. tapi kalo perlu ape salahnye aku brush up balik skill aku tu kan?

aku memang alergik nak mengadap manusia-manusia yang berulat hati, yang biadap dan yang seangkatan dengannya. mesti banyak tengok sincan sebab tu kurang ajar. lenkali nak pegi mane-mane please bring along the otak. ingat, what goes around comes around. what goes up must come down. macam alicia keys kan aku. jadi tak payah nak belagak sangat macam kau takkan susah selamanya. kalau kau kaya duit, kau miskin benda lain. cuma ingat, tuhan bayar cash. aku memang ske mengugut dalam entry lately kan?

Thursday, March 11, 2010

kata orang, mata tidak pernah menipu tapi hati yang selalu gagal menafsir kebenaran.

NIDJI, SANG MANTAN

dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar

kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saatku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan

sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi
akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saatku jatuh dan sendiri

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saatku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan


kata orang.
lelaki ni macam kucing.
bila kite rapat,die lari.
bile kite jauh die mengendeng.

kata orang,
lelaki ni rasa dia macam dewa.
kalau tak ikot, dia pergi.
langsung tamau usaha dan bersusah payah walau sedikit.
useless.

jadi,
jangan sesekali jatuh sayang pada lelaki.
unless dia cukup mellow dengan kita.
maknanya dia betul-betul sayang.
meaning,keikhlasan sudah dihatinya.
mellow tak sama seperti lembu dicucuk hidung.
tidak juga sama seperti romeo.
itu yang perlu perempuan bezakan.
kerana lelaki juga drama king.

aku juga orang bukan??



 
Template by suckmylolly.com