Monday, November 8, 2010

malam pertama di stadium

tahniah sek klate. pertama kali menang kan. goal korang memang osem sangat. pertama kali aku jejak kaki dalam stadium nasional bukit jalil. best jugak rupenye. biar pon plan dengan rakan-rakan tak menjadi, keputusan orang lain takkan dapat ubah keputusan aku. kan aku degil. dengan kedegilan tu gakla aku berjaya cipta sejarah sama macam sejarah kelantan menang piala mickey mouse tu. dan dengan itu jugakla aku memahat nama pateh sebagai member yang mula-mula skali bawa aku tengok final world cup mickey mouse cup. Bravo bravo.


Ape yang aku nampak, takdela trok sangat keadaan penyokong kalantan nih. Rata-ratanya ok sahaja. Jalan depan beribu2 fan Kelantan yang pateh plak pakai baju hobin jang hobin, Alhamdulillah xde ape-ape. Nak dengar dorang mengejek pon tak ada. Dari ape yang aku nampak everything is fine sebelum sepak mula.

Lepas mendaki tangga setinggi batu caves, ke sana ke mari mencari view yang agak-agak menarik, dudukla kami di tier 1 block 109 dengan selamatnya. Dari situ leh nampak humangai, banyak gile fan merah dalam nih. Terasa macam kat old Trafford plak. Bile masok je FRU, beterbangan botol menghujani trek tepi padang. Bile hobin jang hobin gol sebijik, lagi banyak botol beterbangan. Ngan mercun semua siap. Tapi stadium macam nak pecah bile Kelantan dapat gol. Gile terasa best gile. Happening gile stadium. Stadium macam nak pecah bile Kelantan dapat lagi satu gol. Sampai abes game dorang dok besorak.

Aku seronok je sepanjang di bukit jalil. Kadang-kadang jadi fan hobin jang hobin, kadang-kadang bertukar jadi fan gomo klate gomo. Tapi dalam hati Xde rasa risau atau takot sket pon. Fan dua-dua side bagus aje. Except for those yang baling-baling botol and tangan kertas, dan yang letopkan mercun dalam stadium baik dari Kelantan or negeri Sembilan. Yang laen seems fine je pada mata aku. Apetah lagi bile aku sendiri tengok fan dari both side siap bleh buat wave keliling stadium beberapa kali. Cool gile kot bile fan yang dikatakan samseng leh get together macam nih.

Mungkin orang cakap aku datang masa dorg menang. Ye mungkin aku xnampak ape reaksi mereka bila kalah. Aku belom berpeluang. Setakat ini ape yang aku nampak mereka baik sahaja. Aku bukan jenis orang yang nak judge orang lain dari cakap-cakap orang. Ape aku tengok, ae aku rasa aku nilai sendiri. Dan aku tidak suka dengan mereka yang gemar menilai bedasarkan negeri jadi tak payah susah-susah nak racun aku benci orang.


naseb aku tak terkinja-kinja kegembiraan bila pertama kali di stadium.


Owh, aku ade topi comel hasil memburu di stadium.

 
Template by suckmylolly.com