al-fatihah kepada MOHD KHAIRUL SABRI @ beri. seorang kawan, seorang abang dan juga seorang senior. aku kenal beri ni masa aku tahun dua dahulu. kami penah sekelas. lagipon dia adalah rakan pada kekasih aku ketika itu.
die satu-satunya manusia yang berani panggil aku pontianak albino. dia juga seorang dia-hard fan man united.setiap kali ada match involving the red devils, mesti kami akan tag team. dia jugak yang slalu book kan seat aku di subaidah bile ada match man united. aku panggil die pengerusi fan club man u. sebelum dia meninggal, katanya "aku nak balik kampung,aku lantik kau jadi pengerusi kelab penyokong man u cawangan ayer keroh".
cuma satu perkara yang buat aku sedikit terkilan mengingatkan beri. sebelum dia balik kampung sebelum kematiannya, dia ada mintak aku balik ke Melaka. ajak lawan boling. tapi aku pulak sebok berjomba-jombi di port dickson. sebelum pulang dia pesan "kau tunggu aku balik dari kampung,kite lawan". tapi dia pulang terus jumpa tuhan. siapa sangka dia akan pergi pada usia 24 tahun.
kami rapat. sangat rapat. dia bukan sekadar kawan. tapi juga seorang abang. dia jugak tempat aku mengadu. dia jugak tempat aku mengutuk. die sangat fun.cuma umur dia tak panjang.
selepas dia pulang ke kampung pada kali terakhir itu, dia tidak sehat. sesak napas sudah 8 kali sepanjang 5 tahun pengajian di utem. tapi kata doktor kerana asma. sampai di kampung, mak beri suruh ke hospital buat check up. die admit di wad husm. kata doktor dia ada kanser kelenjar. die tak boleh lagi bertutur seperti biasa. suara sangat serak. tidak semua orang paham tutur katanya. aku pun cuma sempat menghantar pesanan mengharap die cepat semboh.
pulang dari solat tarawikh, aku baca pesanan dari bekas kekasih. katanya "sha beri dah takda.sedekahkan alfatihah dan doa untuk dia. bagitau yang lain". sedey. 2 september lepas genap dua tahun pemergian beri. semoga tuhan letakkan roh kau bersama mereka yang beriman.

0 comments:
Post a Comment