Wednesday, November 11, 2009

manusia kompleks memang sukar untuk difahami kan??walaupon oleh mereka yang terlalu dekat.

kalau boleh,
sementara aku masih tidak terbeban dengan tanggungjawab terhadap suami dan anak2,
aku nak buat ape yang aku minat,
at least once,
aku nak jugak.

dulu,
masa kecil dulu,
mase kakak awal-awal di universiti,
abah pernah tanye,
nape tak amik electrical??
ble abah mule cerita pasal substation,
hati rase gairah gile,
nanti nak amik power electrical,one day aku nak masok substation,kata hati kecil.

alhamdulillah,
walaupon hajat nak amik power tak kesampaian,
tapi tuhan bagi aku rezki masok power station,
tuhan bagi aku rezki,
lagi besar dari substation yg aku idam dari kecik dulu.
walaupon 7 bulan cume,
at least takdela aku mati kempunan kan..

sekarang,
bile da abes stadi,
ble nak masok dunia career,
kalau ade rezeki,
cume satu aku mintak,
aku TANAK keje yang setiap saatnya dihambakan pada meja dan kerusi di opis,
aku TANAK keje yang setiap menetnya dihambakan pada screen komputer,
itu bukan cara aku,
itu bukan kehendak aku,
aku cuma mahu keje yang membolehkan aku bergerak ke hulur ke hilir,
yang menghalang aku duduk setempat pada tiap masa,
kerana aku tidak betah berdiam diri,
macam aku cakap tadi,
at least mase aku masih takde tanggungjawab ni,
biarla aku buat ape yang aku cita-citakan,
tolongla jangan halang kehendak aku yang satu ni.

bukan aku tak paham,
memang lumrah seorang perempuan,
yang akhirnya tetap akan ke dapor memenuhi keperluan perot si suami,
yang akhirnya akan tetap menghayun buaian dan mendodoi si anak,
aku pon tak berniat walau sedetik,
nak melawan lumrah itu,
malah cukup paham akan akhirnya seorang perempuan bile tanggungjawab itu sudah di bahu,
jadi,
sementara bekesempatan,
aku mahu dan sungguh-sungguh mahu,
buat ape yang aku suka,
apetah lagi kalo ia adelah cita-citaku ketika aku masih pon belom baligh,

bukan niat untuk mengabaikan ibubapa dan keluarga,
malah niat membantu lagi ada,
berada jauh dari rumah bukan bermakna aku lupa,
jauh sekali mengabaikan harapan kedua ibubapa,
yang tak pernah sekali susut rasa sayang aku untuk mereka,
aku cuma tak mahu menyesal sewaktu wrinkle sudah menghiasi muka,
dan cuma bercerita di malam hari pada cucu-cucu,
akan kekesalan dan kerugianku kerana tidak mencapai cita-cita,
yang aku yakin aku boleh capai.

hari ini,
aku cume harap,
akan restu mereka merelakan hati,
meredhakan tindak tanduk aku,
mencuba naseb yang satu ini..


3 comments:

rAmiZa.mY said...

syg..
i noe how it feels..
tp sgt tacing ngn ayt "mengadap komputer" itu..
hahaha keje ak mcm tuh kot..
tp still leh g sane sini..

dlu bapak ak swoh amek law..
nk wat cane, rezeki ak lebey kpd benda yg ak minat..huhu

Unknown said...

semoga tercapai..Amin

Syabilah@Ila@Bella said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Template by suckmylolly.com