Sunday, December 27, 2009

siaran ulangan diakhir tahun

sempena kehadiran tahun baru yang tak brape lame lagi nak menjelma,macam annual program,stesen radio yang jadi halwa telinga kite sewaktu dalam kereta khasnya, (terkecuali kepada eni kerana khabarnya kereta tu radionye bisu) pasti dan mesti akan bercakap pasal new year resolution.sungguh typical bukan?

bercakap pasal resolusi,aku rase resolusi pertama skali aku pada tahun depan adalah untuk pastikan mata dan air mata yang terlalu precious ni tidak lagi terlalu murah bagi mengelakkan aku jadi primadona melayu yang sungguh typical,yang mengekspresikan kesedihan melalui air mata.sungguh melankolik.tidak lagi.two years back,hati aku sungguh mellow.senang benar melting.walaupon aku sudah kembali ke pangkuan bestest frens sekarang, aku janji takkan jadikan bahu die tempat lap air mata lagi macam dulu.benci sungguh aku keadaan itu,seperti manusia tidak bertulang,sampai tak mampu untuk berdiri sendiri,bila perlu menangis sebegitu dan mengharapkan strength seorang manusia lain biarpon die adelah my shoulder to cry on sejak sekian lama.

kedua,aku nak mengerah keringat tulang beberapa kerat ni supaya aku dapat merealisasikan impian pada may ini.owh,too soon kan..rase macam mustahil untuk mengumpol seperti diharapkan memandangkan rezki yang diterima masih belom mencapai taraf seorang CEO,tapi tengokla ape yang aku mampu kumpolkan dalam masa 5 bulan ni.

ketiga pulak aku berazam menjadi kurus.seperti gisele bundchen tu.hot kan?tapi perlu ke aku minom air perahan lemon setiap malam?sehingga saat ini,aku sudah 24 hari tidak menimbang berat badan.tunggu sehingga orang tegur aku sudah seperti gisele baru aku berkire-kire untuk menimbang berat.

gisele owh gisele

yang terakhir,sudah semestinye untuk menjadi lebih baik dari sebelumnye.tak gune kan hidup kalo kite jadi semakin teruk dan buruk.

tu je kot yang sempat aku pikirkan memandangkan aku semakin sebok setiap hari.beresolusi banyak-banyak tapi satu pon tak dapat capai tak gune jugak kan?

Monday, December 21, 2009

pencarian jodoh tak sama dengan mencari rezeki rupenye...

aku syak berat aku akan turun dengan drastiknya beberapa hari lagi memandangkan setiap hari aku perlu memanjat modul setinggi bangunan yang tak berapa nak tingi dan terpaksa pula mengayuh basikal bertuan kepunyaan sape tah menuju ke fab 4 yang terletak nun jauh disana.kadang-kadang perlu pula menggunakan kaki berjalan ke fab 4 yang jauhnye dalan 15 menet jalan kaki di atas tanah merah yang kadang kala berlopak bergantung pada cuaca.

kat cni banyak kapal.terbaru,kapal misc bunga kantan dua ke ape nama die dah bertukun kat sini,mungkin nak wax tak pon nak polish kasik bekilat sket.da bekarat,kalo jual kati pon lom tentu laku.depan die plak aku syak die langgar iceberg kot kat lautan atlantik.mesti tak ikot lampu merah nih..naseb name bunge kantan,kalo bunge melur, kompom langgar ape pon tak kemek.

owh yer,tempat keje aku seram okeh.kat fab one sane,dekat-dekat ngan laut ade beberapa kapal.ade mat saleh bunuh diri 3 minggu lepas.gantung diri kat atas kapal sane.ngeri bukan?

environment keje kat cini best.seyes aku ske.walopon aku tak brape nak gembira ngan gaji kat cini.the reason i came,tu la,aku ske keadaan die.besides, kawan-kawan baru pon sangat menepati citarasa.

hari kamis lepas,secara rasminye aku telah diserahkan tugas supaya menghandle modul 1,2 dan 3 projek tangga barat topside kepunyaan petronas carigali ini.sungguh ngeri memandangkan aku masih merangkak untuk memahami drawing.apetah lagi untuk memahami selok belok red line,site instruction dan ape tah lagi term yang dorang guna kat sini.semoga otak aku cukup cekap memahami carakerja disini.

life dekat sini ok.macam awal-awal aku di jimah.pukul 2130 mata aku da shut down walopon lampu bilik masih turn on.sangat penat bile jam 1830 baru nak g scan finger.lame sungguh aku bekerja.semoga murah rezki.sekarang da ade sign supaya aku segera landing di tilam.sekian.


dr modul 1 nampak janakuasa sultan iskandar tnb.cita2 masa depan neyyyy




ini adelah modul 2 dr intermediate deck modul 1




ni la modul 1 jagaan aku.huhuhu

Sunday, December 6, 2009

cerita pasal keje

dah 2 hari ni aku berehat je kat cabin.bace petronas technical standard je sepanjang 2 hari ni,cume hari kedua project manager first soh aku susun drawing,jadi die ajarla aku cemane nak bace no drawing tu,adela peningkatan sket kan dari mengadap baca manual petronas tu,lame2 rasa semak plak.

hari second ni hari pertama bawa leptopku sayang sepenoh hati.masok keje kat cni seawal 8 pagi,tapi senanye masok lagi awal daripada tu since gate depan tu tutup pada jam 0745.van yang bawa manusia tak berpass pula masok pada jam 0725.rumah agak jauh tapi aku da jatoh cinta ngan rumah tu.

rumah aku ade 3 orang penghuni sedia ada.stakat ni dorang baik.haranya berterusan begitu.kat opis plak aku kawan ngan gadis berusia 19 tahun.harapnya aku kelihatan muda sentiasa lepas ni.

hari pertama keje aku da masok meeting dengan orang mmhe.jumpela senior aku kat sana.kecilkan mesia nih.owh salah,bersepah kan dak utem kat mesia ni?biasala rebutuan ramai..muehehehe..

kompeni aku keje ni buat electrical n instrument part dalam platform nih.aku cume pencacai bergelar project engineer yang bergaji general worker.yer,aku arif sangat gaji general worker kat plat jimah dulu.kalo penarik cable gaji dorang dalam rm8 ke 10 sejam,kalo general worker lain majoritinye rm 6 ke 8 ringgit.tp nak wat cane kan,stakat ni rezeki aku cume bertaraf general worker,sebat je la.

secara totalnya, aku masih newbie disini,jadi sesat itu perkara biasa.yang penting aku tau dimana terletaknye mekdi dan kfc..yahuuu..owh,hot rods tu xdela sdap mane pon,macam naget ayam tempura je pon,ciss punye kfc.

aku nak tdo.sekian

Thursday, December 3, 2009

menjelang hari itu

menjelang keberangkatan aku pada 3 dec,
maka pada 1 dec lepas aku pon ke hospital damai aman dan sentosa di taman melawati,
menjalani check up.
walaupon doktor sahkan aku cukup fit,
no high blood pressure,no heart disease,
tapi ade pulak bende yang mem'block' happiness aku.
protein traced in urine test tu sangat mengejutkan.
kata doktor tu menunjukkan tanda kerosakan buah pinggang.
last urine test dalam 4 years back, blood traced,
kali ni protein pulak.
wahai kidney ku yg comel, kenape sakit??
aku risau.
for god sake,aku sangat risau sebenarnya.
mula2 mcm xcaya,
setelah aku google,
mmg btol la cakap doktor tu,
sumthing is wrong ngan kidney aku.
sihatla wahai kidney,
aku xmau idop bergantung pada dialisis.
mintak dijauhkan.
amin.

malam sebelum keberangkatan aku ke selatan tanah air nih,
rasa macam sedey nak tinggal rumah,tinggal mak,
tiada rasa teruja untuk malam ini,
barang-barang pon aku baru siap packing,
jam dah tunjuk pkol 0504,
tapi mata masih bulat.
bila la agknya aku nak balik rumah ni lagi,
semoga aku gembira disana nanti,
semoga aku jumpa ape yang aku cari all these while.
amin.

shipa,mija n keri aku da jumpe 1 december lalu,
mek je tak sempat jumpe,
mek,love u.
jumpe nanti k.
wismilak.

 
Template by suckmylolly.com