Saturday, January 18, 2014

Nour Ain Skincare

Bagi yang tercari-cari produk penjagaan kulit diluar sana, bolehlah try Nour Ain. Harga pon murah, manalah tau kalau tak sesuai, takdala rasa rugi sangatkan. Pengalaman sendiri saya pakai Nour Ain memang puas hati, terasa kulit bersih je. Kerak-kerak kat muka aka jeragat dah nampak pudar. alhamdulillah. Cuma kena ingat, mana-mana produk pun kena ikot kesesuaian kulit. Tindakbalas dan penerimaan kulit terhadap semua produk berbeza-beza, so kalau dh try tapi tak berkesan jangan cakap saya tipu pulak. Ada juga kawan yang try produk ni naik jerawat, ada kawan-kawan dan sedara-mara yang pakai nampak keberkesanannye. Tipsnya mudah, jangan letak harapan sampai langit ketujuh kita dapat outcome yang sama macam orang lain bila try apa-apa produk sekali pun. Tak kira la skincare ke, slimming product ke, ape-ape je lah.

Nour Ain ni produk keluaran bumiputera, ada kelulusan KKM setakat entry ni ditulis. Produk ni berkesan untuk mereda,menghilangkan jeragat, parut jerawat, blakchead, membersih, menyegar dan menghaluskan kulit. Basically, untuk pengguna baru, boleh beli set 5 in 1. Dalam set ni ada herbal soap, toner, serum 10ml, uv + foundation 10g dan night cream 5g. Satu set boleh tahan lebih kurang 1.5 ke 2 bulan, bergantung cara penggunaan. Yang bestnya, produk ni tiada pengelupasan untuk kulit normal, setakat ni belum lagi dengar ada yang mengelupas dengan produk ni.


Berikut adalah kegunaan setiap produk yang ada dalam set 5 in 1.

Beauty soap
Bertindak sebagai ejen pembersih.
Menjadikan kulit gebu dan lembut.
Penggunaan yang berterusan akan meredakan pertumbuhan jeragat dan jerawat.
Meresap jauh ke setiap liang roma untuk menyingkirkan kotoran yang terpendam.
Mengawal penghasilan melanin agar kulit cerah berseri.

Facial Toner
Membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegar dan menghaluskan kulit wajah.
Dirumuskan utntuk menutup kembali pori dan mendinginkan serta mengembalikan kelembutan kulit wajah.

Serum
Bertindak sebagai perawatan terapi pada kulit.
Mengatasi masalah radangan kulit.
Menyediakan Vitamin C semulajadi pada kulit yang tidak bermaya.
Kulit menjadi lebih anjal, tegang dan lembap, bebas dad garis halus dan kedutan (anti penuaan) tanpa suntikan.

Night cream
lanya sangat berkesan untuk mereda, memudarkan dan menghilangkan jerawat, juga jeragat dan anti kedutan.
Menolong mengatasi masalah pori terbuka, bintik hitam, bintik putih dan kulit cela.
Menyingkirkan garis halus kulit kusam dan tidak rata, tompokan gelap dan masalah kulit lain.
Sesuai untuk lelaki dan wanita, remaja dan dewasa.

UV + foundation
Gabungan rumusan pencerahan kulit serta perlindungan khusus UVA, UVB menghasilkan kulit wajah yang lembap, berseri, halus, gebu dan cerah secara semulajadi.
Bertindak sebagai ejen perlindungan sinar UV dan alas bedak.
Memperbaiki struktur kulit secara mendalam.

Bawah ni pulak senarai harga produk nour ain yang murah-murah, jadi cepat sms/whatsapp ke nombor 0167229574. Delivery by pos akan dibuat seminggu sekali memandangkan aku seorang kuli makan gaji. COD area kapar, shah alam, ampang dan seremban juga boleh diatur. Untuk pembelian loose item, aku sarankan COD je sbb delivery mahal kan..For more info, sila contact ok. 

Set 5 in 1 - RM97, free delivery
Set eksklusif - RM120, free delivery
Night cream - RM38, postage RM5
UV + foundation - RM28, postage RM5
Serum 10ml - RM22, postage RM5
Serum 30ml - RM64, postage RM5
Toner - RM28, postage RM5
Herbal soap - RM14, postage RM5

P/s- delivery untuk sabah, sarawak RM7 ye.


1 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
Template by suckmylolly.com