Bermula enam bulan yang lepas, hidup aku dah bermakna dua. aku dan suami. Setelah bertahun-tahun misi aku mencari lelaki yang boleh dijadikan suami gagal, lastly Allah tunjukkan aku cahaya. penuh pelangi. dihias dengan bintang-bintang. terang. ALHAMDULILLAH syukur. Macam mana aku jumpa suami aku, perjalanan cinta kami sebelum kawen. itu biar jadi pengetahuan aku, suami, family dan rakan terdekat. Aku tak berminat nak cerita. Cuma aku berminat untuk kongsi pegangan yang membantu hari-hari sukar aku.
Dalam hidup ni, bila kita dah berusaha, sudah tawakal, sudah puas merintih dalam doa, tapi masih belum jadi milik, tinggalkan sahaja. jangan buang masa. Aku bercakap soal teman hidup. Dulu aku percaya, aku tak dapat sebab belum cukup usaha. Tapi lepas aku lelah dengan setiap yang jadi. Hati pun dah jadi luar biasa gigih. Aku biarkan. Aku lepaskan segala yang benda yang tagih keringat aku selama ni. Aku buang jauh segala yang aku pernah ada. Ternyata kali ini tuhan tunjuk kebenarannya.
Tenang. Itu yang pertama aku dapat bila aku lepaskan semua yang aku harap jadi milik aku. Tak tau mana aku buang rasa lelah yang aku pikul dulu. Kekuatan yang datang entah dari mana yang menggembirakan aku setiap hari. Tuhan kurniakan aku kawan-kawan yang baru. Yang lebih memahami. Yang tolak ke tepi segala hasad dengki dalam persahabatan. Yang buang segala titik hitam dalam hati demi satu ikatan.
Tuhan tak biar aku menunggu lama menanti jawapan doa-doa yang aku panjatkan. Tika aku sibuk bergembira bersama rakan-rakan, DIA kurnikan aku seorang imam. Yang aku harap akan jadi lampu dalam kegelapan. Yang menawarkan bahu untuk airmata dalam duka. yang menjadi rakan dalam bosan. Yang menjadi cikgu dalam kebodohan. Yang menjadi pembimbing dalam kekhilafan. Mudah. Terlalu mudah perjalanan kami sehingga hari ini. Berkat doa ibubapa, keluarga dan rakan-rakan. Harap berkekalan.
Masa depan. Aku pun masih kabur. Aku cuma mampu doa bahagia yang dipinjamkan akan berterusan hingga ke syurga-Nya. Pesan aku, jika keberkatan yang dicari, selagi belum diijab kabul, tiada keperluan untuk berpegang-pegang, mengendeng-ngendeng, bermanja-manja. simpan untuk dunia lepas akad nanti. tidak ada benda yang merugikan bila kau menjaga batas pergaulan.
Just keep swimming!
7 years ago
0 comments:
Post a Comment