Quoted from twitter.
When a man derives no happiness from fasting and salaat during the night, it is a sign of him being drowned in sin.
There's hidden sweetness in the stomach's emptiness.
Ramadhan is the month of wiping out your sins from your book of deeds, not the month of writing more sins to your book of deeds.
Salam ramadhan everyone.
Saturday, August 6, 2011
Ramadhan.
Posted by melur natasha at 7:30 AM 1 comments
Tuesday, July 12, 2011
Qoute of the day.
Posted by melur natasha at 12:07 PM 0 comments
Wednesday, May 25, 2011
a wish.
"Semoga aku dikurniakan kekuatan seperti kakak-kakakku yang telah kehilangan suami"
Posted by melur natasha at 10:10 AM 0 comments
Labels: handle with care
Thursday, May 19, 2011
i am xena, the warrior princess
segagah mana pun kite cuba menjadi kuat, ada masanya kita kalah dengan perasaan sendiri. kalah sampai kita rasa buat perkara bodoh itu nampak sangat relevan. ade orang pilih untuk bunuh diri. ada orang pilih untuk pergi bercuti. ade orang pilih untuk meroyan di twitter dan facebook. ada yang pilih untuk isolate diri beberapa ketika.
dulu masa zaman gelap aku. aku lebih selesa cari shoulder to cry on. which is my bestfriend. sebab most of the storyline adalah dalam pengetahuan die. lebih mudah untuk die paham aku. lebih mudah die bagi nasehat. jenis aku, tak leh dok sensorang nanti aku pening layan hati. kalau dulu time hati tak tenang, aku akan amik kunci kete. drive all the way from ayer keroh to sungai udang. dan bila sampai rumah aku akan tenang semula.
tapi kalau dah malam sangat aku takbley tido aku semayang lama-lama. housemate aku dah tau sangat kalo aku lama sangat atas sejadah, pegang al-quran lame-lame, adela mende tak kena. kalo aku jadi alim secara mendadak, die akan dok tepi katil tunggu aku abes solat nak tanye aku kenapa. aku bertuah ade kawan yang setia dengar cerita aku. even sampai sekarang pon mereka masih care.
kata bos kesayangan aku, setiap orang ada hari bodoh die. setiap orang ade masa die flop. tapi how we handle the stupidity yang paling utama. macam mana kita handle hati dan jiwa kita. kata seorang kawan, dont make permanent decision on temporary feelings.
the optimist sees the rose and not its thorns, the pessimist stares at the thorns, oblivious of the rose (Khalil Gibran)
Posted by melur natasha at 1:32 PM 1 comments
Thursday, April 28, 2011
Cerita Lubuk Hati Paling Dalam
Ini je yang aku doa buat masa ni.
Kalau dia jodoh aku, kuatkan hati kami lalu ujian nih.
Kalau dia jodoh aku, yakinkan hati kami dengan jalan yang bakal kami lalui.
Kalau dia jodoh aku, redhakan hati kami atas setiap sesuatu.
Jika dia bukan jodoh aku, hilangkan segala rasa yang pernah ada dalam hati aku untuk dia.
Jika dia bukan jodoh aku, kuatkan hati aku untuk tengok dia bahagia dengan orang lain.
Jika dia bukan jodoh aku, gantikan aku dengan yang lebih hebat daripadanya.
Aku selalu keliru dengan rasa hati sendiri.
Aku selalu fail untuk buat keputusan yang tepat.
Aku selalu kecewa dengan jalan yang aku pilih.
Cuma,
aku tak suka dipaksa untuk ikot cakap orang.
Walaupun kata keluarga sendiri.
Aku rela dengar nasehat,
Tapi bukan arahan.
Nanti aku lebih keras.
Lantas keputusan aku berlandaskan emosi semata.
Dan pandangan aku terhadap petunjuk tuhan jadi kabur.
Aku perlu ruang.
Kekadang rasa nak pergi jauh.
Supaya aku lebih calm.
Aku perlu seorang yang tidak berat sebelah dalam memberi pandangan.
Yang tidak prejudis pada mana-mana pihak.
Mengadu dengan tuhan sudah aku buat.
Tapi hati aku belom cukup cerah untuk melihat arah tuju dari tuhan.
Mungkin usaha aku belom cukup.
Mungkin hati aku masih hitam.
Aku keliru.
Cuma itu yang boleh aku katakan.
Posted by melur natasha at 3:45 PM 0 comments
Labels: handle with care
Monday, April 25, 2011
Surat Terbuka
Kepada BF anak aku,
Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.
Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..
Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber'dating' ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.
Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks 'selamat' yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: "Awal."
Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.
Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.
Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas "saya datang antar anak pakcik". Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian, Yg ditakuti,
Bapak Kepada GF ko.
Posted by melur natasha at 8:50 PM 4 comments
Tuesday, April 19, 2011
Hidup. Cinta. Ketentuan
Tendency untuk mengikut rasa hati lebih tinggi.
Aku pernah terbaca satu artikel pasal jodoh.
Soal jodoh ni sangat complicated.
Tapi kita jangan rigid.
Tengok dari pelbagai sudut.
Tak semestinya apa yang kita suka kita akan dapat.
Tak semestinya apa yang kita suka itu terbaik untuk kita.
Masa merawang rawang di alam maya,
Aku ada baca satu petikan pasal istikarah.
Katanya, kita ikut jalan yang kita rasa betul.
Kita serah pada tuhan.
Kalau itu yang terbaik untuk kita, tuhan mudahkan jalan.
Kalau tak pon tuhan senangkan hati kita tempuh cabaran.
Jangan cuma berharap pada mimpi.
Kahwin ni ikat dua hati, dua family.
Kahwin untuk selamanya insyaAllah.
Untuk duduk dengan orang yang bukan keluarga kita mmg perlukan pemahaman yang tinggi.
Perlukan kesabaran yang menggunung.
Perlukan kepercayaan sepenuhnya.
Pendapat aku mudah.
Dia baik.
Aku percaya dia boleh membimbing.
Aku percaya dia sayangkan aku dan keluarga aku.
Aku selesa.
Dan aku sayang dia.
InsyaAllah, ape pon halangan, pasti dapat go thru.
Pemahaman bukan something yang kau boleh dapat secara instant.
Kadang-kadang dah kenal lama pon tak boleh nak kenal sebaiknya.
Pemahaman yang baik datang dari mutual connection yang ade between two hearts.
Mulut tak berkata tapi hati boleh memahami.
Bila kita sayang.
Kesabaran kita akan jadi tebal.
No matter what dia buat kita sakit hati.
The sayang will always be there.
Dua hati,
Sudah tentu ade bezanya.
Pemikiran. Selera. Kegemaran.
But the sayang will narrow down the differences between two hearts.
Yes. Trust is not something we gain over the night.
Hidup ni perjudian.
We gain nothing if we are afraid to try.
Once we love, the trust will follow.
It is just the matter of time.
And how you overcome the fear of being betrayed.
Cuma ingat.
Semua datang dari Dia.
Percaya pada Qada' dan Qadar.
Tuhan bagi yang terbaik untuk semua makhluk.
Kalau kita dah usaha, dah berserah. Tapi masih gagal.
Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita.
Pengalaman lalu tuhan bagi untuk mengingatkan kita.
Bukan untuk menghadirkan rasa phobia.
Bukan untuk kita menghukum sesama manusia.
People change.
Kalau betul bimbingannya, sudah pasti ada kesudahan yang baik.
"May Allah give you not only what you want, but also make it what you need. As Allah knows you better than you know yourself"
Posted by melur natasha at 11:14 AM 0 comments
Tuesday, April 12, 2011
Jam loceng
Mungkin masa untuk berhibernisasi sudah tiba.
I should shut everythings down.
Off the connection to the wild world.
I need time for myself.
Banyak sangat dah beralah dengan manusia sekeliling.
And i just cant take it anymore.
The things getting harder.
Sama macam tali tersimpol mati pada jari.
Finger turn blue.
Kalau kau lihat dengan mata hati,
kau akan nampak muka aku sudah biru kehijauan.
Aku penat.
Penat explaining every single thing.
Penat mencuba membuat kau paham.
Penat tanggung maruah aku yang kau pijak di depan perempuan lain.
Sungguh.
Aku malu dengan tindakan kau.
Kau tumbuk lumat hati aku.
Posted by melur natasha at 10:16 AM 0 comments
Saturday, January 1, 2011
pendapat hati
kau tahu apa bezanya orang zaman dahulu dan orang zaman sekarang? mak ayah zaman dahulu, garang. anak-anak nak buat hal pikir banyak kali. yang betol-betol jadi jahat mungkin mereka yang cuma bernasib baik dan sedikit bijak kerana dapat menyembunyikan bangkai yang dia simpan.
orang dulu-dulu, ada rasa tanggungjawab yang lebih. kerana majoritinya adalah mereka yang susah. mengorbanan dan susah ibubapa mereka lihat sendiri. mak ayah g menoreh pagi-pagi. membendang pada siang hari. pkai head light. tengok macam mana mak ayah susah mencari rezeki. kau pikir anak-anak tegar nak buat onar apetah lagi nak buat sesuatu yang malukan keluarga?kalau ada pon pasti terlalu kecil bilangannya.
zaman dulu orang tengok wayang dekat skrin putih mcm kedai mamak tu. bayar seposen kata mak aku. pastu dok ramai-ramai. itu pon susah nak pegi. jalan gelap. kena pakai lampu ayam. bile lewat balik kena bantai pulak ngan tok wan. kau pikir ada chance mereka nak mengarot dengan pasangan masing-masing sambil menonton? aku fikir tidak.
ada betulnya kata dia orang sekarang pakai tudung nak tutup rambot ade color pelangi. tapi tu mungkin zaman sekolah dulu la. bile da besar, da makin bijak. watpe nak bazir duit beli loreal nak dye rambot kalo nak tutup. zaman sekolah dulu mungkin. kerana di daerah aku umpamanya, cuma ada satu sekolah menengah kebangsaan yang muridnya bebas free hair. dan sekolah itu penohla dengan anak-anak datuk dan anak-anak orang berada. tudung cuma cuba diwajibkan ketika subjek agama islam. sekarang aku tak pasti ape status sekolah itu.
konklusinya, hujah die tak begitu tepat. macam lebih merujuk kepada zaman separa dewasa sahaja. tapi tidak secara keseluruhannya. walhal gejala sosial itu berlaku tidak mengira umur. datuk yang da tua berkedot juga pernah ditangkap khalwat, berjudi, dan sumbang mahram. nenek tua juga berselerak di jalan haji taib. cumanya kalau orang tua buat kerja yang keji begitu, kebodohannya lebih terserlah.
dan kau kena ingat, sejahat mana pon orang bertudung, sekurang-kurangnya die telah sempurnakan satu kewajipan dia pada tuhan. kau tanak beertudung, hak kau. jangan nak pertikai benda bukan2.
Posted by melur natasha at 11:50 PM 1 comments
Labels: cerita masyarakat