Wednesday, March 24, 2010

otak jangan tinggal merata

aku rasa, tiap orang yang hidup ni, mesti ade at least satu benda yang die pantang. bukan ade kaitan ngan susuk diamond mahupon swarovski, tapi benda yang boleh turn on pressure dalam kepala dengan pantas. kalo tak kena mase bleh buat kena strok. kalau aku, aku memang tak suke aorang hempas-hempas pintu nak protes ape aku cakap or nak tunjuk ko bengang ape. adik aku suke buat macam tu dulu. walaupon die besar beganda dari aku, ble aku marah, aku nampak die kecik je. ingat,aku kuat macam superman. kang kalo aku lempang baru ko tau bape kuat aku spike bola mase zaman aku jadi atlet dulu. ngeh ngeh ngeh. penah jugak aku lempang adik aku sebab kes pintu. sape soh ko kurang ajar.aku kakak remember??best kan dapat kuasa macam nih.

aku tak ske tengok ultraman. gaban ngan wira perkasa hitam pon tak masok dalam list childhood favourite tv show aku. sebab tu aku lagi hafal lagu ba ba black sheep instead of lagu sailormoon yang warna warni tu. sangat girlish okeh. owh ya,movie jumbo gajah biru tu best tak?dulu aku suke ulang tengok cerita dumbo. remember that huge baby elephant??kiut kan.. ^__^

adik beradik aku memang diajar dengan kekerasan. macam orang zaman batu dulu. g sekolah, cikgu garang. kat sekolah kena rotan ngan cikgu balik rumah xde nak mengadu ngan mak ayah. kalo idak tambah lagi birat kat anggota badan. cume aku beza la sket. dulu kena rotan ngan cikgu kat sekolah, balik aku cerita ngan mak. mak gelakkan aku. cool kan mak aku? macam tu gak kalo aku bengang ngan orang. nanti aku cite ngan mak. kalo bengang aku tahap tertinggi aku nanges. macam biasa, mak aku gelak tengok aku nanges. mak kate aku nampak je ganas. melalak kuat. sememeh. fine mak. sekarang aku balas balik. mak aku sedey aku gelakkan mak balik. nampak macam kuang ajau, tapi mak aku join gak aku gelak. lebiu mak.

masa zaman-zaman aku sekolah rendah, aku memang adik yang suke menjawab. kalau setakat ugut aku ngan pelempang kalau aku menjawab tu aku berani lagi sahut cabaran tu. sket pon tak gentar. dari kecik aku tau aku ni ade keturunan superman walaupon aku tau aku kiut macam snow white. biarpon xleh terbang tapi aku tau aku sama kuat dengan superman. mase kena lempang sampai bedarah mulot memang aku nanges. tapi aku tak nanges sebab sakit. tapi aku nanges sebab aku geram. keras hati aku belom lagi berubah kot. sampaila sekarang, aku memang tak takot dengan orang yang nak mengamok. selagi aku leh tahan aku layankan je. tapi kalau kau cube nak cabar aku lebih-lebih, mungkin kesabaran aku leh jadi tipis. setakat nih aku memang belom jumpe orang yang aku klasifikasikan sebagai melebih-lebih. tapi tak taula plak kalo aku jumpe dalam dua tiga hari ni.

kalo stakat nak maki nak mencarot sumer bagai, aku juga hebat. jadi tak payah nak tunjuk kau hebat ngan sumer benda-benda mazmumah tu dengan aku. you might be in wrong shoes if u do so. tak payah dare untuk melihat the other sides of me. aku pon tak hingin nak belawan menda yang aku klasifikasikan sebagai bangang nih. tapi kalo perlu ape salahnye aku brush up balik skill aku tu kan?

aku memang alergik nak mengadap manusia-manusia yang berulat hati, yang biadap dan yang seangkatan dengannya. mesti banyak tengok sincan sebab tu kurang ajar. lenkali nak pegi mane-mane please bring along the otak. ingat, what goes around comes around. what goes up must come down. macam alicia keys kan aku. jadi tak payah nak belagak sangat macam kau takkan susah selamanya. kalau kau kaya duit, kau miskin benda lain. cuma ingat, tuhan bayar cash. aku memang ske mengugut dalam entry lately kan?

Thursday, March 11, 2010

kata orang, mata tidak pernah menipu tapi hati yang selalu gagal menafsir kebenaran.

NIDJI, SANG MANTAN

dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar

kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saatku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan

sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi
akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saatku jatuh dan sendiri

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saatku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan


kata orang.
lelaki ni macam kucing.
bila kite rapat,die lari.
bile kite jauh die mengendeng.

kata orang,
lelaki ni rasa dia macam dewa.
kalau tak ikot, dia pergi.
langsung tamau usaha dan bersusah payah walau sedikit.
useless.

jadi,
jangan sesekali jatuh sayang pada lelaki.
unless dia cukup mellow dengan kita.
maknanya dia betul-betul sayang.
meaning,keikhlasan sudah dihatinya.
mellow tak sama seperti lembu dicucuk hidung.
tidak juga sama seperti romeo.
itu yang perlu perempuan bezakan.
kerana lelaki juga drama king.

aku juga orang bukan??



Monday, March 8, 2010

naseb graduan tanpa pengalaman

sejak berada di tahun akhir UTeM aku sudah dijemput ke sembilan interview yang mana lima daripadanya aku hadirkan diri. empat lagi aku abaikan kerna kekangan masa. dari kawasan kuala lumpur hingga ke pasir gudang aku jelajah untuk cari pekerjaan. meter halaju juga sudah aku jejakkan sehingga 160 ketika mengejar waktu interview di pasir gudang. dari lima yang aku hadir, empat daripadanya melamar aku untuk berkerja. ape yang aku perasan sejak mula aku terlibat dalam dunia pekerjaan, there is difference between chinese and malay employer. perbezaannya sangat obvious. samada dari segi job scope sehinggalah kepada soal pembayaran titik peluh dan kudrat.

sewaktu berkhidmat bersama kompeni bermata kecil, aku perlu mencari dan menimba ilmu sendiri. orang pon sudah maklum tentang perangai mereka yang satu itu tentang sharing knowledge with kaum yang lain. mungkin mereka tidak sengaja atau sememangnya mereka memang berniat begitu. itu tidak dapat aku hakimi. yang pastinya aku terkontang kanting disitu. pernah sekali, aku pergi melawat di warehouse, sewaktu itu ada electrical testing. aku berada disitu mensaksikan testing floodlight bersama petronas inspector. lalu bos di ofis mesej ke henpon dengan arahan pulang segera ke ofis. sampai di ofis aku kena marah sebab aku menjatohkan taraf aku sebagai projek engineer bila aku bersama-sama dengan Qc dan foreman di sana observing the test. sangat surprise. sampai begitu sekali rupenya aku perlu menjaga taraf sebagai project engineer. sangat tak best.

walaupon hanya sebulan aku di kompeni lama, aku admit aku ske keje sana. ske environment sana. clerk kat sana tak blagak bagus macam yang sekarang. tapi bos kat sana dabel stended dalam soal gaji. seorang lagi projek engineer yang tidak sekaum dengan aku berpendapadan 2 kali ganda dari aku walaopon dia cuma ada diploma. walopon pada mulanya aku bergaji seorang pemegang diploma, tapi bila aku nak berhenti dia cuba untuk up gaji aku. at least aku taula die sayang aku kan.

di kompeni sekaum pula, aku dikerah untuk buat kerja di semua division. dari kerja seorang project engineer, kerja QC sehinggalah kerja seorang clerk. dari udate progress report,anta report,buat RFI sehinggalah kepada kepada kira wages. dari ganti QC sehingga la ganti clerk. aku la juga orangnya. kerja dari 0745 pagi sehingga pukol 9 malam. sangat hebat kan? lepas ni boley letak dalam resume, tahan maki,boley buat pelbagai kerja, boley kerja lebih masa, boley kira gaji general worker,boley buat RFI, bla bla bla. kompom henfon buruk aku takkan diam. mesti employer sekaum sebok berebot aku. ye la, aku kan skil kepelbagaian aku sangat tinggi. kadang-kadang terasa seperti cecair, mengikut bekas. bleyla dorang bagi aku gaji kerani tapi buat semua kerja. kan banyak kompeni melayu suke nak kaya sorang-sorang. tapi tindas orang sekaum. tsk tsk tsk.

malangnya, ditempat baru ini, aku merasakan mereka cuba untuk menganggap segulung ijazah kepunyaan aku sebagai sehelai drawing yang superceded. langsung tidak cuba menghormati kelayakan aku dengan memberi gaji yang lebih rendah dari seorang kerani yang sama ofis dengan aku. betul-betul mencabar kesabaran. kalau pon tak mampu memberi aku gaji seorang CEO, cubalah untuk beri aku yang lebih baik dari yang diperolehi seorang kerani. takkan la aku kerja pada hari ahad pon dapat lump sum je. ni la gaya employer melayu. bile nak ambil bekerja, siap cakap tolongla kompeni melayu. tapi kompeni melayu mengerah keringat orang je pandai. kalau rasa kompeni tak mampu nak membayar gaji seorang pemegang ijazah, tak payah berangan nak menggaji orang berijazah. jangan berangan nak panggil orang yang berijazah interbiu sekali pon.

jawapan typical yang aku dapat dari employer 'permulaan kerja, bayar awak rm1000 dulu sebab kite tak tau performance awak macam mana'. ok fine. kalau kau rasa tak nak rugi sedikit dalam melabur mendapatkan seorang pekerja yang baik, aku rasa lebih bagus kau cari manusia yang tak abes sekolah tu, ajar die pakai micr. office, ajar die karang report, ajar die mengira. barula kau boleh nak bayar die gaji kecik pon. ni nak world class worker with certificate, tapi tanak rugi lansung. ape salahnya kan kau bayar die sebaik mungkin, kalau die tak memenuhi keinginan kau, tamatkan je perkhidmatan. bukankah ada probation period. ape yang kau risau sangat? kau ingat budak fresh ni takda tanggungan lain. kau sedar tak kami nih perlu membayar TIGA PULUH LIMA RIBU kepada PTPTN? tuhan bagi pahala kepada muslim yang berbuat baik. kalau kau mahu pekerja yang baik, apa salahnya kau bagi yang setimpal supaya dia lebih bersemangat untuk bekerja?

banyak employer yang komen 'budak fresh sekarang demand,tanak gaji rendah padahal datang dengan empty-handed'. sebenarnya kami tidak la empty sangat. kami ada ijazah. kami biasa dengan pembelajaran. learning sumthing new is not that hard to us. i believe, graduates are fast learner. tidak semua antara kami yang menuntut gaji yang tinggi kerana kami sedar we have nothing on practical sides. jadi sila berlaku adil kepada kami.

mungkin kau tahu graduates sekarang hunger for a job, sebab itu kau boleh memperlekehkan kami yang bergelar fresh.takpe, tuhan itu adil.

Wednesday, March 3, 2010

quick update


I love to fly. Sejak kenal fazrul rasenya. Teringat-ingat superb landing n hardcore take off. Takot tapi masih mampu lagi gelak-gelak.by the way fazrul tu ensem okeh. Sesungguhnya percutian minggu lalu sangat funtastik.kini hati gatal lagi mau berjalan. Berbekalkan wang yang sangat limited, kami mahu ke krabi end of January 2011. Lame lagi, tiket pon masih belom booking sehingga saat entry ni di post. Tapi aku da excited semacam mahu ke berjalan, macam bergaji CEO. Lantak. Tak kire. Aku nak jalan gak selepas trip ke perhentian pada july ni aku belom tentu dapat join. Mek, mari drive kancil ko ke sana nanti nak??huhuhu

Off to Sarawak last week for 3 days bersama rakan yang agak baru aku kenal secara close. Sanagt gembira walaupon kegembiraan aku di robek oleh kaki yang melecet.sungguh damn. Memborong barang buat keluarga secara pukal. Memborong kek untuk mak dengan penuh rakus, lalu wang simpanan juga menyusut dengan hebat.masih ada 27 hari sebelum aku memperoleh wang yang baru. Sungguh sadis.

Owh ya, aku ada sedikit pesanan buat lelaki yang panas baran dan tidak boleh ditegur. Kalau ikotkan hati akan aku gunakan talian hayat untuk memastikan kau tidak lagi berada di disini. Memandangkan aku pikir kau cuma seorang budak yang masih belum lengkap akalnya lalu aku batalkan niat jahat aku. Sesungguhnya aku sedikit pon tidak takot walaupon kemek dinding office kau tendang dengan red wings kau. Tidak sedikit pon tercabar kedudukan aku walau kau bertanya siapa aku disini.kerana aku yakin i am much more better than you are. Tapi aku bukan seorang yang berlagak seperti engkau. Lalu aku tidak perlu beracting begitu kerana aku yakin aku juga boleh menggunakan akal aku dengan lebih baik dari u did.

Terima kaseh pada mereka yang wish hari lahir aku.tengkiu very much.

 
Template by suckmylolly.com