Friday, March 2, 2012

HIV Test

aku ni penakot. dan aku jugak pembenci jarum dan benda-benda yang mendatangkan kesakitan pada tubuh badan aku. lama aku berpikir nak pi HIV test ni. kalau bukan kerana compulsory, memang aku tak rela disakiti. haha.

malam sebelum pegi test tu aku keje malam. dari pkol 12 malam sampai 8 pagi. lepas toolbox dan overhaul meeting, pkol 9 pagi aku balik untuk rehat dan kembara ilusi. pkol 1230 si kekasih dah call suruh siap-siap. dalam keadaan separuh sedar, menyiapkan diri pon ambil masa 2 jam. sungguh mellow. siap si kekasih jemput di depan blog kasihan punye pasal.

kat klinik kesihatan kapar nih yang mudahnya tak perlu buat appointment segala bagai. sampai je kat klinik, pegi kat kaunter, bagi ic, nanti dia bagi borang untuk ujian hiv pra-perkahwinan, yang perempuan ada additional borang nak kena isi. pre-pregnancy test. bayar singgit sorang dan yang perempuan akan dapat satu kad kuning. yang aku tak sukanye dengan mengisi borang kat klinik kerajaan ni sebab ayat dorang tak user friendly betul. suka guna bahasa saintifik. end up hanya 20 percent je yang aku isi, yang lain aku left blank sebab tak tau menatang ape dorang tanya dalam tu. hospital swasta boleh je guna bahasa yang mudah. takkan nak tanya senggugut pon nak letak bahasa saintifik yang last skali akan menyusahkan doktor untuk translate semula kepada pt semua. kan membuang masa tu namanya.

selesai isi borang, pi amik no dalam bilik amik darah. tibe turn nanti bagi borang HIV td kat nurse yang stand by dalam bilik tu. masa aku masuk bilik amik darah tu MA tengah amik darah budak kecik, umur 3 tahun macam tu kot. melalak budak kecik tu sebab susah nak cocok sebab ada minyak sapi kat tangan die. meremang tangan ngan tengkok aku dengar die nanges. si kekasih siap cakap, "ala sayang, jarum die besar ni je" sambil tunjuk jari kelingking. geram betul aku.

tibe turn kami, aku sebagai seorang gadis yang penakot dengan segala bentuk dan jenis jarum memang suruh si kekasih la pegi dulu. sekali tengok eleh, die cocok kat ujung jari jek. si kekasih siap buat muke sakit sambil bunyi-bunyi sebab nak menyakat aku. selesai je kekasih punya test, aku pon dengan yakin duduk kat kerusi siap dah letak tangan atas meja tanda rela dicederakan sambil tengok MA sambil senyum-senyum. mungkin sebab die tengok aku tak tarik lengan baju die pon bitau, yang perempuan kite amik darah banyak sikit. aku terus "what!!". tros aku tarik balik tangan aku atas meja tadi sambil cakap "ala, kenape perempuan kena amik banyak pulak??" tak puas ati betul aku. akak nurse kat tepi siap dah gelakkan aku. MA dengan coolnye cakap "mmg mcm tu la", aku pon sambil takot-takot hulur balik tangan. mata siap dah penuh air takot punya pasal.then MA strap lengan dengan rubber band, pastu lap tgn aku dengan satu kapas berair. MA pon cakap, "cocok siket yeh?" aku diamkan je sambil tenung jarum. sebab aku tak jawab, MA tanya lagi, "saya cocok sket yeh?" aku pon ok kan je la. nak kawen punye pasal kan. bila jarum dah terbenam dalam tangan baru sedar yang "eh, tak sakit pon" hahaha. prosesnye kejap je. lepas amik darah MA tros drop darah dalam test kit, 3 menet lepas tu boleh dapat dah result. Alhamdulillah dua-dua dapat keputusan yang tidak reaktif. hoyehhhh. boleh kawen dah.

tapi untuk perempuan belum selesai lagi. MA akan bagi botol kecik isi darah tadi kat kita untuk anta pi lab. anta sekali kad kuning tadi. nanti lab pulak akan bagi botol untuk urine test. dah dapat result dari lab kena pegi ukur tinggi, timbang berat dan check blood pressure pulak. lepas tu baru masuk jumpe doktor. masa jumpa doktor tu la baru die terangkan segala term dalam borang pre-pregnancy test yang aku tak reti nak isi tadi. then die suruh pi baring atas katil, die check organ-organ, check breast and all. masa tu la kalau nak tanya apa-apa pun pasal masalah kewanitaan. hihihi. nanti doktor akan bagi semula kad kuning tadi dan anta ke kaunter. jangan lupe bawak balik surat test hiv td.


tanda sudah jalani ujian


itu saja processnye. cepat dan mudah. cuma kita kat luar ni tak diterangkan procedure dan process flow. jadi macam hanging la sket. asek-asek tanye nurse lepas ni nak buat ape, nak pegi mana and all. tapi alhamdulillah, mereka di klinik kesihatan kapar helpful. two thumbs up untuk klinik kesihatan kapar.

balik dari HIV test kekasih bawak pegi makan. lepas perot dan penuh baru rasa sengal kat tangan. malam tu kekasih ajak teman beli barang aku keluar dengan tidak bermaya. balik dari tesco aku demam. memang jadi bahan ketawa kekasihla sepanjang malam. naseb harini dah sehat semula. penangan jarum punye pasal. naseb MA kacak.




 
Template by suckmylolly.com