Saturday, January 1, 2011

pendapat hati

aku macam tertarik dengan cerita dalam berita bercetak tak lama dulu. it takes me half months to response. percaya sekarang aku busy kan?? antara bait-bait kata dalamnya adalah "‘‘Orang zaman dahulu ramai tidak tutup aurat tetapi kurang berlaku masalah sosial kerana mereka faham Islam itu agama Allah dan sebab itu mereka menjaga maruah agama. Sekarang, Justify Fullsebahagian gadis Melayu menutup aurat kerana mahu menyembunyikan rambut mereka yang berwarna-warni,” katanya.

kau tahu apa bezanya orang zaman dahulu dan orang zaman sekarang? mak ayah zaman dahulu, garang. anak-anak nak buat hal pikir banyak kali. yang betol-betol jadi jahat mungkin mereka yang cuma bernasib baik dan sedikit bijak kerana dapat menyembunyikan bangkai yang dia simpan.

orang dulu-dulu, ada rasa tanggungjawab yang lebih. kerana majoritinya adalah mereka yang susah. mengorbanan dan susah ibubapa mereka lihat sendiri. mak ayah g menoreh pagi-pagi. membendang pada siang hari. pkai head light. tengok macam mana mak ayah susah mencari rezeki. kau pikir anak-anak tegar nak buat onar apetah lagi nak buat sesuatu yang malukan keluarga?kalau ada pon pasti terlalu kecil bilangannya.

zaman dulu orang tengok wayang dekat skrin putih mcm kedai mamak tu. bayar seposen kata mak aku. pastu dok ramai-ramai. itu pon susah nak pegi. jalan gelap. kena pakai lampu ayam. bile lewat balik kena bantai pulak ngan tok wan. kau pikir ada chance mereka nak mengarot dengan pasangan masing-masing sambil menonton? aku fikir tidak.

ada betulnya kata dia orang sekarang pakai tudung nak tutup rambot ade color pelangi. tapi tu mungkin zaman sekolah dulu la. bile da besar, da makin bijak. watpe nak bazir duit beli loreal nak dye rambot kalo nak tutup. zaman sekolah dulu mungkin. kerana di daerah aku umpamanya, cuma ada satu sekolah menengah kebangsaan yang muridnya bebas free hair. dan sekolah itu penohla dengan anak-anak datuk dan anak-anak orang berada. tudung cuma cuba diwajibkan ketika subjek agama islam. sekarang aku tak pasti ape status sekolah itu.

konklusinya, hujah die tak begitu tepat. macam lebih merujuk kepada zaman separa dewasa sahaja. tapi tidak secara keseluruhannya. walhal gejala sosial itu berlaku tidak mengira umur. datuk yang da tua berkedot juga pernah ditangkap khalwat, berjudi, dan sumbang mahram. nenek tua juga berselerak di jalan haji taib. cumanya kalau orang tua buat kerja yang keji begitu, kebodohannya lebih terserlah.

dan kau kena ingat, sejahat mana pon orang bertudung, sekurang-kurangnya die telah sempurnakan satu kewajipan dia pada tuhan. kau tanak beertudung, hak kau. jangan nak pertikai benda bukan2.

 
Template by suckmylolly.com