Friday, February 24, 2012

cincin dan lensa camera.

Alkisahnya, kami tak mau pon majlis pertunangan, nak kawen tak berapa bulan pon, jadi kami tak rasa majlis pertunangan itu perlu. Oleh itu kami tak merancang walau sepicis pon perihal pertunangan.dan yang lebih mengharukan adalah bila pihak keluarga aku telah memutuskan mereka mahu majlis pertunangan diadakan secepat mungkin. Menitis air mata dengar keluarga gunakan kuasa veto terhadap aku.

Setelah berbincang dengan kekasih, dan mempertimbangkan jadual rombak rawat (read:overhaul) unit masing-masing maka kekasih dengan sendirian memutuskan majlis pertunangan pada 22 januari 2012. Kelam kabot la jugak nak pikir segala persiapan yang perlu ada. Ke hulu ke hilir kami survey benda yang perlu. Sebenarnya yang betul aku uruskan cuma pelamin dan hantaran. Yang lain semua adik beradik uruskan. Yeehaaa. Alhamdulillah keluarga aku sangat awesome.



ni jidah, former classmate and also ex volleyball mate masa zaman hyperactive dulu merangkap tukang mekap aku. die telah berjaya menampal topeng dimuka aku sampai aku kelihatan lain dari rupa asal. dan telah membuatkan mr kekasih freeze di atas pelamin angan ku. kehkehkeh. tengkiu jidah.



hampir siap. tangan pon dah mula vibrate pada frekuensi rendah. macam tak percaya pon ade. sungguh saspen.




selesai sudah sesi menconteng arang dimuka.



bertalu-talu lensa camera menghala kat muka. dan saye malu (*_*)ngeee



yeye dapat cincin lagi. cincin kedua disarung mama.



mama, i love your son so much!!



officially engaged to Eddy Shazamie b. Baharom. *_*



nampak tak kegirangan disitu? memang tiada kesopanan di hari pertunangan. aku tersengeh-sengeh sepanjang majlis.kadang-kadang terlepas jugak ketawa jantan sampai kawan-kawan marah. hahaha. cant help myself. sorry friends.

next: *family*








seterusnya sila layan gambar bersama rakan-rakan yang sempat menghadirkan diri. terima kasih mek, diba, ada, nina, nisa, mija, zaren, nadia, asmah, jidah, pateh, khaldun dan amir sebab sudi datang. doakan kami berjaya hingga ke akhirnya. doakan yang baik-baik untuk kami. terima kasih ada sebab sponsor bunga idaman aku. tengkiu nisa sebab teman aku pi ikea malam-malam buta, tolong beli coklat and jadi photographer tak rasmi majlis aku dan sudi pulak upload dalam pesbuk. and tengkiu for your ole-ole from seberang mek. love you guys.


next : *girls gedik-gedik session*








next : *gambar dari mereka yang pro*






terima kasih tuhan atas pelangi yang Kau kurniakan.and now i'm counting double digit days to solemnization. semoga dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah.




Friday, February 17, 2012

All good things come to those who wait.

dah lama aku tak menulis. dulu aku mula menulis masa zaman tanam anggur di negara empat musim. sejak kembali ke tanah melayu dan mula bekerja, aku makin jarang menjengah laman ni lagi. sampai dah berkarat dan bersarang. seswai dengan objektif aku menulis, aku menaip bila boring. sekarang hidup aku sudah diisi. ada kerja rutin. ada tanggungjawab. jadi blog aku dah abaikan. standard manusia la. habis madu sepah dibuang.

sepanjang tempoh masa isolasi nih banyak dah benda yang jadi dalam hidup dan perjalanan kerjaya aku.apa yang aku impikan tuhan dah bagi. Alhamdulillah. kalau dulu aku tengok power station dari atas pelantar yang aku kerja, sekarang aku dah ada dalam power station. dulu rindu nak hidu bau coal, sekarang kalau ada rasa nak pi guling atas coal pon aku dah mampu. dulu masa atas flight nak balik rumah, nampak chimney jimah berkelip-kelip dari atas pon dah rasa rindu. sekarang aku dah boleh pelok chimney kalau rindu. cuma aku idam nak berjagi 5 angka je belom makbul. apa-apa pon terima kasih tuhan.

dulu aku hebat bercinta. sampai dah plan untuk berumah-tangga. sudah beli kelengkapan untuk ke fasa seterusnya. tapi tuhan bagi ujian. aku bersyukur dibalik ujian yang Dia turunkan, di balik kesabaran aku menanggung rasa, di balik setiap titis air mata yang mencurah setiap kali diuji, sekarang tuhan dah bagi rasa bahagia yang aku belum penah rasa. Alhamdulillah. betul kata nasihat-nasihat yang kawan-kawan bagi. aku bertuah. surrounded bagi truly good friends. antara nasihat yang aku tanam dalam-dalam dalam kepala "manisnya ujian yang tuhan bagi akan kau nampak bila hati kau cukup redha". ternyata ada benarnya ape yang mereka kabarkan.

post pertama setelah berbulan-bulan ni aku cuma nak cakap bertapa bersyukurnya aku pada tuhan. di balik penat jerih aku, Dia bayar satu persatu penat lelah aku. Alhamdulillah. keep your faith on Him.

 
Template by suckmylolly.com