Friday, November 27, 2009

kilat sabung menyabung di malam raya

boleh tak aku nak pause kan dunia ni sekejap??
aku promise,sekejap je..
macam cerita XX-ray arahan aziz M osman dulu tu,
yang ade kete sport yang lain macam sket pintunye tu..

supaya aku leh hidop tenang sket.
supaya aku leh rase sedikit gembira.
supaya aku boleh berhenti beralah dengan sesapa pon.
supaya aku leh g cari sesiapa yang aku rasa nak lempang muke die dan lunaskan hajat hati aku tu.
supaya aku bleh puaskan hati dan amarah aku selama nih.
supaya nanti aku mati mata aku leh tertutup.

sebab aku penat sangat bile asek kalah walaupon aku tau aku boleh menang.semata-mata tanak bagi yang sepatotnye kalah kecil hati.
persoalannye,hati aku sape plak nak bagi menang??
sebab muke aku terasa plastik bile terpakse bermanis muka sambil angkat bendera putih.
aku sangat benci keadaan itu,paham tak??
sebab bagi aku beralah sememangnya kalah,kerana semestinya usaha untuk menang masih tidak cukop untuk dinobatkan sebagai pemenang.rite??

azam bulan december:
aku nak kumpol duit dan kawen.ngan sape aku nak kawen lom tau.yang pasti aku nak kawen.sape2 yang komfom bleh bagi hati aku menang sile masok meminang.end of story.off to bed.

Wednesday, November 25, 2009

gembira itu rasanya manis sekali

alhamdulillah, niat untuk bekerja di tepi laut dimakbul yang Esa..sungguh,aku sangat gembira.harapnye suasana juga cukup menggembirakan.sedikit teruja untuk mulakan karier, apetah lagi kali ini tanpa teman seperti di Jimah dulu.tapi takpe, setiap orang yang berada disisi selama ini pon akan meninggalkan aku jugakkan,cepat atau lambat dan bagaimana caranya itu saja berbeza.so im not hoping people nearby exists selamanya untuk aku,and me myself have to prepare for the lost.mungkin juga kerana sudah acapkali merasa kehilangan itu membuatkan aku sedikit imun tentang perkara yang satu itu.end of story.

bukan tu yang aku nak tuliskan senanye,aku cume nak cakap yang lepas ni aku kena stand on my own feet as mereka yang biasenya ade disekeliling selama ini tidak akan turut serta bersama aku berhijrah.btw,tadi aku baru cek dan cik kiah aku ade satu saman speed trap..ini adalah disaster kecil..harapnye aku cukop kuat membina hidup baru nanti..cewahh,macam nak kawen plak.tapi memang pon, aku akan bernikah dengan kerjaya pada EMPAT DECEMBER DUA RIBU SEMBILAN ini.

alhamdulillah.akhirnya,setelah dua bulan 3 hari menganggur,ade jugak orang yang bertuah mengoffer aku kerja.lepasni hidupla aku bersama overall dan safety helmet dan safety boots.helmet n boot tu mungkin aku da biase, tapi overall tu,belom penah sepanjang 23 tahun hidup baju sebegitu aku sarung ke tubuh.harapnye aku kelihatan kiut sekali..hahaha..people, tolong jangan tgk aku begitu pelik nanti yaaa...aku sensitif.serius.harapnye aku juga tidak awkward nanti.

menjelang EMPAT DECEMBER ini, tempat penginapan masih belom aku setelkan.medical check-up yang aku gambarkan untuk diselaikan hari ini juga tidak diselesaikan lagi.mungkin aku terlalu slow sekarang bahana menganggur terlalu lama,lantas otak dan tubuh badan tidak lagi bergerak seiring.

owh, tadi aku ke carrefour, dua buah novel menjadi sasaran kali ini.banyak sungguh wang yang telah aku leburkan pada kedai novel itu.semoga aidiladha kali ini membuahkan duit raya bagiku.bleh dileburkan pada kedai berkenaan lagi.amin.SELAMAT RAYA EVERYONE.duit raya bley bank in mulai jam 12 mlm ini.

sekian.

Sunday, November 22, 2009

wonder woman

takde kaitan pon tajok ngan isi,
cume aku da xde idea yang agak2 bernas nak coret kat sini,
so im thinking about to take a deep breath smpi berhari2 tidak menaip lagi..
cume ape yang tejadi lately,
macam satu point to ponder,perlu skali.

ble bercakap pasal electrical,
cume TNB terlintas dikepala.
cume segelintir yang terlibat dalam dunia V=IR yang tau pasal malakoff,
itupon kerana diterajui syeikh mokhtar al-bukhary yang kaya raya harta makan tak abes itu.
IPP lain??tah-tah IPP pon tak tau ape...
independent power producer yang ade kat mesia yang lain,
macam makhostia,alstorm power,sunpower,pd power mesti tak kenal kan??
apetah lagi Jimah tempat aku mengabdikan diri selama 7 bulan dulu kan??


ble cakap pasal minyak dan gas,
Petronas,shell jugak terbayang kan?
cemane dengan talisman,sclumberger,sime darby dan lain2??
mesti tak tau kan??
melainkan mereka yang berada dalam fasa yang same,
maksudnye mereka yang terlibat dengan industri sebegini,kan??

betapa typicalnye kite tanpa kite perasan kan??

just to share,
few days lagi aku akan off to satu tempat,
kalau aku gembira disana mungkin aku akan berlama disana,
harapnya aku akan gembira disana,
tengok module2 kat belakang opis aritu,
rasa macam this is what im dreaming of,
up to now,
i hope the happiness aku mimpi tu real la..

doakan aku berjaya,
tengs beloved mum n dad,
anakanda keluar mencari rezeki,
semoga dapat memberi kesenangan padamu kelak.

syg2 hati,
jomla jupe aku sblm aku g sane..

Monday, November 16, 2009

kemahiran KBKK diperlukan

ape pendapat korg,

bergaji besar tapi tak kena lansung dengan ape yang korg belajar selama EMPAT tahun,tak menepati lansung dengan citarasa tapi SANGAT DISUKAI OLEH KELUARGA ANDA.

bergaji kecil,memenuhi citarasa dan ilmu selama empat tahun, berjauhan dengan keluarga tapi SANGAT TIDAK DISUKAI OLEH FAMILY ANDA.

ok sile vote sekarang beserta alasan yang bombastik okeh..

your help highly appreciated.tq

Sunday, November 15, 2009

outdated-malam konvokasi






Wednesday, November 11, 2009

manusia kompleks memang sukar untuk difahami kan??walaupon oleh mereka yang terlalu dekat.

kalau boleh,
sementara aku masih tidak terbeban dengan tanggungjawab terhadap suami dan anak2,
aku nak buat ape yang aku minat,
at least once,
aku nak jugak.

dulu,
masa kecil dulu,
mase kakak awal-awal di universiti,
abah pernah tanye,
nape tak amik electrical??
ble abah mule cerita pasal substation,
hati rase gairah gile,
nanti nak amik power electrical,one day aku nak masok substation,kata hati kecil.

alhamdulillah,
walaupon hajat nak amik power tak kesampaian,
tapi tuhan bagi aku rezki masok power station,
tuhan bagi aku rezki,
lagi besar dari substation yg aku idam dari kecik dulu.
walaupon 7 bulan cume,
at least takdela aku mati kempunan kan..

sekarang,
bile da abes stadi,
ble nak masok dunia career,
kalau ade rezeki,
cume satu aku mintak,
aku TANAK keje yang setiap saatnya dihambakan pada meja dan kerusi di opis,
aku TANAK keje yang setiap menetnya dihambakan pada screen komputer,
itu bukan cara aku,
itu bukan kehendak aku,
aku cuma mahu keje yang membolehkan aku bergerak ke hulur ke hilir,
yang menghalang aku duduk setempat pada tiap masa,
kerana aku tidak betah berdiam diri,
macam aku cakap tadi,
at least mase aku masih takde tanggungjawab ni,
biarla aku buat ape yang aku cita-citakan,
tolongla jangan halang kehendak aku yang satu ni.

bukan aku tak paham,
memang lumrah seorang perempuan,
yang akhirnya tetap akan ke dapor memenuhi keperluan perot si suami,
yang akhirnya akan tetap menghayun buaian dan mendodoi si anak,
aku pon tak berniat walau sedetik,
nak melawan lumrah itu,
malah cukup paham akan akhirnya seorang perempuan bile tanggungjawab itu sudah di bahu,
jadi,
sementara bekesempatan,
aku mahu dan sungguh-sungguh mahu,
buat ape yang aku suka,
apetah lagi kalo ia adelah cita-citaku ketika aku masih pon belom baligh,

bukan niat untuk mengabaikan ibubapa dan keluarga,
malah niat membantu lagi ada,
berada jauh dari rumah bukan bermakna aku lupa,
jauh sekali mengabaikan harapan kedua ibubapa,
yang tak pernah sekali susut rasa sayang aku untuk mereka,
aku cuma tak mahu menyesal sewaktu wrinkle sudah menghiasi muka,
dan cuma bercerita di malam hari pada cucu-cucu,
akan kekesalan dan kerugianku kerana tidak mencapai cita-cita,
yang aku yakin aku boleh capai.

hari ini,
aku cume harap,
akan restu mereka merelakan hati,
meredhakan tindak tanduk aku,
mencuba naseb yang satu ini..


Tuesday, November 10, 2009

cuti-cuti bandung

berbekal sket duit hasil titik peloh kt UK dulu,dptla kaki jejak kali kedua di tanah indonesia,tapi buat pertama kali menjejak kaki di bandung. 4 days trip ni xdela fun sgt since aktiviti harian cume soping je, tp group members, sumpah fun gile.

lead by abg din, kitorg dipandu oleh pak darma yang bergaji 70k rupiah sehari, bawak kitorg makan,abeskan duit di sekitar bandung.walopon 4 hari de kt bandung, tp xdela abes satu bandung tu kitorg jelajah,syoping outlet juga cume beberapa yang sempat dijejaki.

ketika di indonesia ni,terase macam luck gile..at least i dun have to jual keychain even aku ni penganggur tegar buat masa kini. aku jugak xperlu menyanyi pada driver kereta yang behenti pada lampu merah mengharapkan simpati. aku juga tak perlu membeli apetah lagi menjual makanan di tepi2 jalan.ye, mmg sgt betuah. sebab tu aku rela hati belanje sumer duit yang aku ade untuk membantu indonesian meningkatkan ekonomi mereka..accepted ke alasan tu??

sejujurnye, aku xmampu pon membeli belah macam mereka yang len..mereka berbekalkan tujuh juta dalam beg sedangkan aku ade dua juta,tu pon setelah ditambah dengan duit mak yg soh aku beli few things..sedey sekali xdapat membeli sesuka hati..harapnye aku akan kembali kemudian hari dan dapat membeli sesuka hati...rezeki,murahla dikau denganku..amin.

rakan mengajak bercuti di sabah..hati terase eager gile..tapi rezeki belom membenarkan aku berbuat demikian.so sad..btw wismilak on coming saturday and monday.

dan,aku juga tak berape nak gembira ngan hasil tembakan kt bandung ni,xtaula nape,mungkin tak biase lg ngan camera compact kot..blagak gile..mungkin jugak kerana kapasiti badan yang sedang mengembang dengan hebatnye..


cume ini part diri yang aku sudi tunjukkan..


cool kan teksi kat indonesia??


restoran lima bintang,harga kaki lima dan...


ade waiter yg mcm korean..


hasil mengail dihari ketiga,surely bukan aku punye semua nih


seram airport die kt tgh2 kawasan perumahan..


Friday, November 6, 2009

siri bercakap dengan itik yang sedang berenang renang

macam satu blog yang slalu aku ikot ni..
katenye 'Kalau aku di sini untuk advice, aku akan minta'
aku rasa aku pon macam tu kot..
aku menulis kat dinding putih ini,
totally bukan untuk sesiapa melainkan diri aku sendri,
aku tak penah kuarkan kenyataan di dinding putih ni,
aku tujukan khas tulisan dalam blog aku ni,
untuk individu tertentu,
samada kau adelah kawan lama,boifren lama mahupon kawan yang hilang muncul kembali.
tidak pernah walaupon sekali,
jadi kau tak payah susah payah nak judge aku ni sape or ape,
apetah lagi nak cakap aku kesunyian bagai,
coz im totally not.
jika kau bukan seorang yang betul-betul dear di hati aku macam mereka,
yang aku boley nak hang out together,
yang aku leh ajak tido umah buruk aku,
yang aku leh ajak makan umah aku,
yang aku masakkan untuk perot kau,
kau takkan tau betapa aku bahagia walaupon aku masih tiada pekerjaan,
dan hidupku memang sepenohnye aku hambakan pada DELL pink aku ni dimasa lapang,
kau juga tak perlu nak bagitau aku,
yang aku ni gila bagai,
coz im not,
dan kau tak pernah pon tengok aku menjadi gila,
dan aku juga,
tak pernah sekali pon,
menjadi gila dihadapan orang yang aku kenal cume sedetik,
tidak sekali,
aku yakin akan hal itu,
sekarang,
kalau kau nak cakap aku belagak,
kau bleh g mampos,
sebab aku rase kau memang menyemak dalam hidop aku,
sebab kau tidak dear lansung dihati aku.
kau tak kan tau ape yang cube aku carotkan disini sebab aku yakin kau seorang yang bodoh dan buta hatinya.
sekian.

 
Template by suckmylolly.com